• 5 months ago
Social media platforms licensed in Malaysia will be required to implement age verification rather than identity verification under the Child Protection Code (CPC), says Datuk Fahmi Fadzil.

To prevent abuse of the system, the Communications Minister said age verification must be supported by official government records rather than self-declaration.

Read more at https://tinyurl.com/2p9srawy

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bagi memastikan mekanisme pengesahan umur tidak dimanipulasi, beberapa langkah kawal selia telah ditetapkan antaranya
00:06Pertama, pengesahan umur mesti disokong oleh rekod rasmi kerajaan dan bukan sekadar pengisytiharan sendiri.
00:13Kedua, pemberi perkhidmatan media sosial perlu melaksanakan langkah keselamatan kanak-kanak dalam bentuk reka bentuk atau dengan izin safety by
00:22design
00:22serta mempertingkat perlindungan bersesuaian dengan umur bagi pengguna kanak-kanak.
00:27Ketiga, semua proses tertakluk kepada keperluan perlindungan data dan had penggunaan maklumat.
00:33Dan keempat, tindakan kawal selia dan penguasaan selaras dengan undang-undang termasuk penalti keuangan
00:39boleh dikenakan ke atas pemberi perkhidmatan belesin yang gagal mematuhi keperluan yang ditetapkan di bawah CPC.
00:46Secara keseluruhannya, CPC menetapkan ciri-ciri mekanisme pengesahan umur yang selamat, praktikal dan bertanggungjawab
00:54bagi memastikan hanya pengguna yang layak dibenarkan mengakses platform media sosial.
01:00Terima kasih.
01:00Baik, saya jemput Bangi.
01:04Terima kasih, YB Menteri.
01:06Saya fikir kita semua dapat menyokong usaha kerajaan untuk memastikan internet yang lebih selamat
01:13terutama sekali untuk anak-anak kita.
01:15Jadi soalan saya, soalan tambahan saya, YB Menteri.
01:19Apa yang kerajaan buat ini memerlukan kerjasama dengan syarikat media sosial
01:26seperti Meta, X, TikTok dan sebagainya.
01:30Jadi bagaimana kerajaan nak pastikan bahawa mereka patuh dengan undang-undang kita dan arahan kita
01:37dan kalaulah kata mereka ini tak patuh, bagaimana kita nak, apa yang kita boleh buat
01:43untuk pastikan bahawa syarikat-syarikat media sosial yang kaut keuntungan yang begitu banyak
01:49daripada rakyat kita ini, kita nak pastikan mereka mematuhi undang-undang kita.
01:56Terima kasih, Tan Sri.
01:58Silakan, Menteri.
02:01Terima kasih, YB Menteri.
02:03Soalan yang baik dan sebenarnya perbincangan dengan pihak platform-platform media sosial
02:09telah berjalan sejak sekian lama.
02:10Dan ia susulan kepada siri, apa yang kita sebut sebagai regulatory sandbox
02:18ataupun medan uji-kaji kawal selia yang telah dilaksana sejak Januari tahun ini.
02:26Dan saya difahamkan lebih daripada 30 sesi libat urus yang melibatkan platform-platform ini
02:33telah diadakan sama ada bersekali ataupun berasingan dan setiap platform mempunyai cabarannya sendiri
02:41dan objektif mungkin dari segi perniagaannya yang sendiri.
02:47Tapi kita tetapkan bahawa bukan hanya Malaysia tapi banyak negara, lebih 25 negara di seluruh dunia
02:54telah mula mengenakan had umur, sama seperti kita.
02:58Yang membezakan bagi Malaysia, memandangkan setiap rakyat Malaysia yang lahir daripada saat lahir
03:04mendapat MyCard pada usia 12 tahun mendapat MyCard.
03:08Maka pihak kerajaan berpandangan berdasarkan undang-undang sedia ada
03:13ini adalah dokumen rasmi yang penting, yang perlu dimanfaatkan, digunapakai
03:19untuk membuat pengesahan umur.
03:21Bukan pengesahan identiti tapi pengesahan umur.
03:24Dan sekiranya pihak syarikat, platform media sosial gagal untuk mematuhi
03:31maka ada beberapa kesan yang boleh mereka hadapi.
03:36Pertama, Seksyen 30, Akta 866 memberi kuasa kepada MCMC untuk mengeluarkan arahan
03:44secara bertulis kepada pemberi perkhidmatan belesin berhubung pematuhan mana-mana
03:48peruntukkan di bawah Akta 866.
03:51Kegagalan mematuhi arahan yang dikeluarkan merupakan satu kesalahan
03:55dan apabila disabitkan di mahkamah, boleh didenda tidak melebihi
03:59RM1 juta serta denda tambahan tidak lebih RM100 ribu setiap hari
04:04selama mana kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
04:09Dan masa yang sama, pihak MCMC juga boleh mengeluarkan notis ketidakpatuhan
04:14sekiranya berlaku mana-mana pemberi perkhidmatan aplikasi gagal mematuhi mana-mana kewajipan
04:22di bawah bahagian 3 Akta 866 Akta ONSA.
04:27Dan pemberi perkhidmatan belesin yang menerima notis hendaklah membayar penalti keuangan
04:32ataupun financial penalty yang ditetapkan atau memohon kepada MCMC
04:36bagi tujuan kajian, kajian semula melalui representasi.
04:40Bagi ketidakpatuhan kepada bahagian 3 Akta 866 ini,
04:45pemberi perkhidmatan belesin boleh dikenakan penalti keuangan
04:48tidak lebih RM10 juta sebagaimana diperuntukkan
04:52bawah Seksyen 39 Akta 866.
04:54Terima kasih.

Recommended