00:00In terms of playing and playing Roblox, do you want to harass or do you want to do it again because Iraq has harassed because there are issues such as it is?
00:11I have harassed my son from playing Roblox, but it is a personal view.
00:17I have had a meeting with Roblox, two people from South Korea and Australia, two days later.
00:31And dalam pertemuan itu, saya telah memaklumkan bahawa kerajaan memandang serius beberapa insiden yang berlaku termasuk yang terbaru melibatkan seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yang telah mencederakan adiknya yang berusia 6 tahun.
00:48Dan perkara itu sedang dalam siasatan polis dan polis memaklumkan siasatan awal menunjukkan bahawa permainan Roblox ada kaitan tapi kita serah kepada pihak polis untuk meneruskan siasatan dan sekiranya ada apa-apa bukti untuk dikemukakan nanti di mahkamah.
01:10Cuma di pihak kerajaan, kita mengambil maklum pandangan dari pelbagai pihak termasuk ibu bapa yang menimbulkan kegusaran akibat daripada penggunaan pelbagai aplikasi permainan dalam talian termasuk Roblox.
01:30Dan waktu ini pihak kerajaan melalui Kementerian Komunikasi khususnya MCMC sedang meneliti keseluruhan.
01:41Kita tidak mahu mengambil satu tindakan hanya terhadap satu permainan semata-mata.
01:47Tapi kita perlu lihat secara keseluruhan dalam ekosistem.
01:50Penjelasan pihak Roblox adalah bagi kanak-kanak bawah usia 13 tahun, mereka menghadkan apa yang boleh dilakukan dalam permainan itu.
02:05Sebagai contoh, mereka memaklumkan tidak boleh berhubung, berkomunikasi dengan mana-mana pihak yang lain.
02:10Tapi ada beberapa aplikasi yang mungkin terlalu mudah untuk digunakan oleh kanak-kanak.
02:20Dan di situ saya lihat ibu bapa juga ada peranan untuk dimainkan.
02:25Peranti bukan pengasuh, peranti bukan pengganti ibu bapa.
02:29Jadi saya telah minta supaya pihak MCMC dalam kempen internet selamat memberi penegasan kepada peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa
02:40termasuk dalam mereka membenarkan anak-anak mereka menggunakan aplikasi-aplikasi yang boleh dimuat turun dalam peranti masing-masing.
02:50Ya, mereka ada memaklumkan bahawa pada waktu ini mereka memang akan mulakan proses verifikasi menggunakan AI untuk mengesahkan umur bagi pemain-pemain tertentu.
03:06Kami difahamkan di seluruh dunia Roblox mempunyai hampir 80 juta pengguna.
03:13Dan di Malaysia jumlahnya bukan kecil.
03:17Ya, dan saya telah minta supaya pihak MCMC mengadakan perbincangan teknikal yang lanjut
03:27untuk kita cuba memahami mekanisme dan sistem verifikasi umur yang pihak Roblox ingin laksanakan.
03:37Pada waktu ini permainan dalam talian seperti Roblox dan lain-lain
03:41tidak belum lagi dikenakan sebarang rejim pelesenan
03:48tapi pihak kerajaan sedang mempertimbang.
03:50Apakah langkah yang terbaik termasuk untuk pastikan pengesahan identiti untuk menghadkan
03:59kanak-kanak daripada terdedah kepada kemudaratan dalam talian terpakai termasuk untuk permainan dalam talian.
04:10Waktu ini, rejim pelesenan terpakai untuk platform media sosial dan sistem pemesejan internet.
04:19Dato' you mentioned there was an inappropriate interaction with an underage girl and older man on OMI.
04:27So is there, will OMI be considered in the online safety act as well like dating apps like that or chatting apps?
04:33Ya betul. Kita akan ambil tindakan. Jadi saya telah minta kerana OMI ini dia adalah aplikasi yang sedikit berbeza
04:42itulah aplikasi yang telah dilaporkan disalahguna oleh seorang kanak-kanak berusia 12 tahun
04:48untuk berkenalan dengan seorang dewasa dan akibat daripada pertemuan itu
04:53beliau telah, anak kecil ini telah diperlakukan dengan ia telah dirogol.
05:03Jadi itu satu keadaan yang bagi saya amat kita kesali.
05:09Jadi saya telah minta supaya pihak MCMC meneliti dan memanggil pihak syarikat yang mengusahakan aplikasi tersebut
05:19untuk kita mendapat penjelasan apakah langkah mekanisme, sistem verifikasi umur yang ada pada waktu ini
05:30dan selepas ini kita akan juga pertimbangkan untuk menggunapakai EKYC
05:37yang menggunakan dokumen yang diterbitkan oleh pihak kerajaan
05:42seperti MyCard, Passport dan MyDigitalID bagi pengesahan umur dan identiti.
05:49Terima kasih.