00:00Yang Umat Jerai, Bangi, Julau, Bentong, Sungai Petani, Jelebu, Kubang Kerian, Pulai, Jerantut, Kuala Pilah dan Bada Kucing
00:06menyentuh tentang risiko perdedahan katak-kanak kepada kandungan mudarat di media sosial
00:11dan mengusurkan pelaksanaan kaedah pengesahan umur serta identiti pengguna.
00:17Tansia Betua, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau MCMC melaksanakan fungsi kawal selia dan penguatkuasaan
00:23berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau Akta 588
00:28serta undang-undang lain yang berkuatkuasa.
00:31Sehubungan itu, sebagai Badan Kawal Selia Industri Komunikasi dan Multimedia, MCMC mengambil pendekatan menyeluruh
00:37bagi memastikan kandungan berunsur mudarat dapat dikawal segaligus melindungi golongan rentan khususnya remaja dan kanak-kanak.
00:47Dari 1 Januari 2022 sehingga 15 Oktober tahun ini, MCMC telah mengemukakan sebanyak 1,521 permohonan
00:56kepada penyedia platform untuk menurunkan kandungan jelik atau jelik melampau melibatkan kanak-kanak.
01:02Dari jumlah itu, 96% bersamaan 1,456 kandungan telah diturunkan oleh penyedia platform berdasarkan garis panduan komuniti mereka
01:12dan aplikasi undang-undang tempatan yang relevan.
01:16Bagi mewujudkan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat dan lestari untuk semua,
01:20terutama untuk kanak-kanak dan keluarga, MCMC telah melaksanakan keperluan pelesenan
01:25bagi penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial
01:30yang memenuhi keperluan pelesenan untuk memohon dan mendapatkan lesen kelas
01:35Pemberi Perkhidmatan Aplikasi atau ESPC bawah Akta 588 bermula 1 Januari 2025.
01:42Di bawah kerangka pelesenan ini, terdapat kod tata laku dalam kurungan amalan terbaik
01:47untuk penyedia perkhidmatan pesanan internet dan penyedia perkhidmatan media sosial.
01:52Kod ini, antara lain, menggariskan tanggungjawab penyedia perkhidmatan
01:56dalam melindungi kanak-kanak dan remaja dari kandungan yang memudaratkan.
02:02Kerajaan juga telah menggubal Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 atau Akta 866.
02:08Bagi meperkukuh keselamatan dalam talian di Malaysia,
02:10Akta ini bertujuan untuk mengawal selia kandungan memudaratkan
02:15serta menetapkan kewajipan dan obligasi bagi penyedia pemberi perkhidmatan aplikasi,
02:20pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan dan pemberi perkhidmatan rangkaian yang dilesinkan.
02:26Ketika ini, MCMC sedang membangunkan 10 perundangan subsidi di bawah Akta 866
02:32yang akan memperincikan tanggungjawab penyedia perkhidmatan yang dilesinkan
02:36dalam mengurus kemudaratan dalam talian.
02:38Menteri Bangi bangun.
02:40Ya, saya bangi.
02:41Menteri Menteri.
02:43Terima kasih, WB Menteri.
02:45Kerana jawab soalan yang telah dibangkitkan oleh saya.
02:49Saya ada dua perkara yang saya nak bangkitkan.
02:51Pertamanya adalah,
02:54saya fikir keputusan kerajaan untuk melesinkan media sosial ini,
02:59in hindsight, dengan izin,
03:01telah membuktikan bahawa ianya amat diperlukan.
03:03Kerana dengan pelesenan inilah kita dapat menguatkuasakan
03:08undang-undang dan memastikan bahawa penyedia platform ini
03:12menyediakan satu persekitaran yang selamat untuk anak-anak kita.
03:17Jadi, walaupun kita tahu terdapat banyak kritikan pada kerja itu,
03:22but the government's effort has been proven right dengan izin.
03:26Itu pertama.
03:27Kedua, saya nak sentuh juga tentang,
03:31mutakhir ini ada perbincangan tentang bagaimana permainan game
03:35memberi kesan, impact yang negatif kepada anak-anak.
03:41Saya cuma nak mengingatkan kita semua supaya jangan mengambil tindakan yang
03:48begitu drastik.
03:50Sebab saya ada dengar ada yang kata nak haramkan terus Roblox dan sebagainya.
03:56Kerana saya fikir bahawa itu adalah satu tindakan yang disproportionate dengan izin.
04:03Saya fikir ada cara untuk kita melihat bagaimana kita nak pastikan
04:07bahawa permainan video seperti Roblox ini,
04:09yang mana secara nantijahnya adalah selamat.
04:12It is safe for kids.
04:13Cuma mungkin elemen atas talian itu yang perlu kita lihat.
04:18Jadi, kita wajib melihat bagaimana kita nak perketatkan penggunaan media online itu,
04:27online game ini supaya pastikan bahawa kanak-kanak bahawa umur 16 tahun
04:31tak menggunakan akaun ibu bapa mereka ke untuk pergi online.
04:39Tapi janganlah sampai kita nak bercakap tentang haramkan game dan sebagainya.
04:43Sebab saya terus terang, saya daripada kecil dulu sampai sekarang saya masih gamer.
04:47Tapi saya jadi orang juga, Tuan Seri ini betul.
04:50Kuching, kan?
04:51Boleh tanya. Terima kasih Yang Mok Menteri atas jawapan tadi.
04:54Saya cuma nak tanya, tadi Yang Mok Menteri ada menjelaskan bahawa
04:58ada 10 subsidi pindaan yang akan dibuat terhadap akta tersebut.
05:02Saya nak tanya tentang isu kita nak mengesahkan hak umur pengguna tersebut.
05:09Jadi kalau kita nak mengesahkan hak umur, apakah akta yang akan digunakan?
05:13Adakah satu akta khusus seperti online safety act di Australia ataupun di UK?
05:18Kerana jika kita guna akta pelesenan tersebut, dia hanya untuk 8 juta user perlu dapatkan lesen.
05:26Tapi we know dia ada banyak platform kecil yang mereka tak sampai 8 juta dan banyak kandungan netif sebenarnya dalam platform tersebut.
05:33Terima kasih kepada Kuching. Terima kasih, Bangi.
05:37Saya setuju. Sebenarnya untuk beberapa permainan dalam talian Tan Seri.
05:42Tan Seri pernah main Roblox?
05:43Tak pernah.
05:44Tak pernah, ya?
05:44Saya terlalu muda untuk itu.
05:46Terlalu muda.
05:48Dia adalah permainan percuma.
05:50Tapi ada beberapa aspek elemen dalam permainan ini yang ramai merasakan berpotensi untuk mendatangkan kemudaratan.
05:59Jadi memang Roblox sendiri ada bertemu dengan saya dan Timbalan Menteri baru-baru ini untuk memberi sedikit penjelasan.
06:07Dan dalam sesi penjelasan itu, saya telah menjelaskan kepada pihak Roblox bahawa saya sendiri telah mengharamkan anak saya dari bermain Roblox.
06:15Bukan sebab apa, tapi sebagai seorang bapa, saya melihat bila anak saya terlalu ralit.
06:20Dia mungkin bukan macam yang Bumak Bangi, tapi dia terlalu ralit sampai studies dia terkesan dengan izin.
06:29Bila dipanggil makan, kadang-kadang tak datang.
06:32Dan saya tengok dari segi dia sebagai seorang anak 12 tahun, sepujuh ajarnya bermain dengan kawan-kawan di luar.
06:41Jadi ada beberapa keputusan yang saya sendiri buat sebagai seorang bapa untuk memastikan anak saya boleh menjadi seorang manusia.
06:48Seperti yang Bumak Bangi.
06:49Tapi yang saya nak tekankan, Tan Sri, kerajaan boleh mengenakan lesin, boleh mengharamkan.
06:56Tapi kita sebagai ibu bapa juga ada peranan.
06:59Peranti bukan pengasuh.
07:02Peranti bukan pengasuh.
07:04Peranti bukan pengganti ibu bapa.
07:06Jadi kepada ahli-ahli yang berhormat, yang ada anak-anak, luangkan masa tengok apa yang mereka tengok.
07:15Main apa yang mereka main.
07:17Saya bercakap dengan yang berhormat T. Balam Menteri dan beliau sebelum ini tidak tahu apa yang dimainkan oleh anak beliau dalam permainan Roblox.
07:26Bila saya sebut, anak saya diharamkan, anak dia pula yang marah.
07:30Tapi bila saya minta Yang Bumak T. Balam Menteri untuk meneliti, menelusuri permainan Roblox, barulah dia tahu apa yang terkandung di dalamnya.
07:41Insiden baru-baru ini, Tan Sri.
07:42Seorang kanak-kanak 9 tahun mengelak leher.
07:47Adik beliau sendiri yang berumur 6 tahun ada kaitan dengan Roblox.
07:51Tapi bukan dalam permainan.
07:55Dari laporan media mengenai siasatan polis menunjukkan bahawa dia berkait dengan dalam permainan itu boleh dikumpul mata ataupun points ataupun Roblox.
08:07Tapi yang berlaku adalah adiknya telah merosakkan handphone itu maka hilang semua point ini.
08:12Jadi dari emosi amarah itu maka adik dicederakan.
08:17Bermaksud ada isu dari segi emosi bagaimana untuk menguruskan.
08:21Dan ibu bapa juga wajar prihatin terhadap perkara ini supaya anak-anak boleh mengawal emosi dan bermain permainan dengan baik.
Be the first to comment