Skip to playerSkip to main content
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berseloroh merespon soalan tambahan oleh Ahli Parlimen Tampin. Namun, beliau menjawab tegas tentang isu peperangan yang masih lagi berlaku di Asia Barat antara AS-Iran. Peranan negara Malaysia tetap akan memberi tekanan berterusan di semua pentas besar dunia.

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Transcript
00:00Apakah pendirian Malaysia berhubung jaminan keselamatan pelayaran di Selat Hormos
00:04serta langkah diplomatik yang diambil oleh Kerajaan Malaysia
00:07bagi mengurangkan ketegangan dan mengekalkan keamanan di perairan strategik tersebut?
00:13Terima kasih, Tansi Indah Pertua.
00:14Baik, sila Menteri.
00:17Apa soalan susah-susah buat pagi-pagi ini?
00:21Tansi Indah Pertua, seperti yang saya sebutkan tadi,
00:25kepentingan keamanan di rantau Asia Barat itu penting bukan sahaja di kawasan tersebut,
00:30tetapi kepada seluruh dunia.
00:32Maka seluruh dunia memandang dan juga memantau dan memerhatikan rundingan
00:38retifikasi MOU yang ditandatangani pada baru-baru ini.
00:42Dan mereka ada 60 hari.
00:44Apa yang merisaukan kami?
00:46Betul-betul. Itu sebabnya dua hari lepas, selepas Selat Hormos dibuka,
00:50Amerika mengatakan Selat Hormos dibuka, Iran mengatakan Selat Hormos dibuka,
00:54tetapi Iran dua hari lepas selepas mengatakan,
00:57kita tutup semua Selat Hormos.
00:58Apa sebab?
01:00Sebab terdapatnya pihak yang mahu melihat supaya
01:05gencatan senjata sementara ini diganggu-gugat.
01:10Ada pihak yang tidak mahu melihat supaya
01:12perperangan ini ditamatkan di Asia Barat itu,
01:16iaitu Israel.
01:18Israel seboleh mungkin mahu melihat supaya Iran ini dimusnahkan.
01:23Maka ada pihak yang berkepentingan yang kita lihat secara diplomatik
01:30dari segi pandangan dunia diplomatiknya,
01:32ada pihak yang mahu menggagalkan rundingan damai di antara Iran dan Amerika ini.
01:38Itu sebabnya walaupun termaktub di dalam MOU,
01:4214 perkara tersebut secara total pengunduran termasuk di Lebanon.
01:47dia bukan sahaja menghentikan serangan terhadap Iran,
01:51tetapi menghentikan sebarang pencorobohan di Lebanon.
01:55Itu Iran letak.
01:57Tetapi Israel terus menghubung Lebanon.
02:01Apa maknanya?
02:03Apa isyaratnya?
02:04Apa signal yang nak dibagi oleh Israel kepada dunia bahawa
02:08mereka tidak mahu melihat ketentraman dan keamanan
02:12wujud di kawasan ini kerana mereka mempunyai kepentingan?
02:17Jadi ini merupakan suatu perkara tambin ya.
02:21Perkara yang seluruh masyarakat antarabangsa
02:24perlu bersama-sama memberi tekanan berterusan terhadap Israel.
02:29Amerika dah okey dah.
02:31Amerika dah sign MOU.
02:35Walaupun mula-mula kata dia nak hancurkan Iran,
02:37tetapi akhirnya mereka akur.
02:39Dan nampak daripada 14 perkara itu bagi saya,
02:42ia merupakan sesuatu yang Amerika tidak ada exit plan.
02:46Dia tak ada exit plan.
02:47Bagi warning 48 jam, lepas itu withdraw.
02:50Maknanya,
02:51if you want bagi amaran kepada orang,
02:54lepas itu you berundur,
02:55maknanya you tak ada exit plan.
02:57Tetapi yang menjadi masalahnya sekarang ialah
03:02Israel.
03:04jadi tekanan berterusan.
03:06Ini peranan Malaysia di peringkat pentas antarabangsa.
03:09Supaya kita terus memberi tekanan
03:11di atas apa juga pentas?
03:13OIC ke, NAM ke, BRICS ke,
03:16bangsa-bangsa bersatu,
03:17majlis keselamatan ke?
Comments

Recommended