Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
MADANI Mart merupakan jenama perniagaan peruncitan swasta dan bukannya inisiatif kerajaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Armizan Mohd Ali berkata, MADANI Mart dioperasikan menggunakan konsep pelesenan dengan pemilik serta pelesen jenama berkenaan adalah Yayasan MADANI.
Transcript
00:00Madani Mart merupakan jenama perniagaan peruncitan swasta dan bukan inisiatif kerajaan.
00:06Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kausah Hidup Datuk Sri Armiza Muhammad Ali berkata,
00:11Madani Mart dioperasikan menggunakan konsep pelesinan dengan pemilik serta pelesin jenama berkenaan adalah Yayasan Madani.
00:20Jenama Madani Mart adalah Yayasan Madani.
00:23Manakala operator Madani Mart adalah entiti-entiti perniagaan yang diberikan lesen oleh Yayasan Madani melalui permohonan.
00:33Pendaftaran lesen dan pengoperasian Madani Mart adalah melibatkan hubungan di antara Yayasan Madani dan entiti-entiti perniagaan yang dilesenkan.
00:44Sebungan itu, Kementerian tidak mempunyai data rasmi khusus berkaitan status operasi, jumlah cawangan yang beroperasi, jumlah permohonan yang diterima mahupun
00:55bilangan usahawan yang terlibat dalam inisiatif tersebut.
00:59Maklumat terperinci berhubung perkara tersebut adalah di bawah bidang kuasa dan rekod pihak pengurusan entiti yang berkenaan.
01:07Beliau menjawab soalan ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rasul Wahid bertanyakan status terkini pelaksanaan inisiatif Madani Mart termasuk jumlah cawangan
01:17yang telah beroperasi, jumlah permohonan yang diterima dan jumlah usahawan yang terlibat.
01:22KPDN, terdapat dua perkara yang menyentuh tanggungjawab Kementerian.
01:26Pertama, Yayasan Madani telah didaftarkan melalui agensi KPDN iaitu Suranjaya Syarikat Malaysia.
01:34Pendaftaran dibuat di bawah Seksyen 45 Akta Syarikat 2016 sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan.
01:42Kedua, mana-mana pihak atau entiti perniagaan yang menjalankan aktiviti berkaitan barang kawalan berjadual adalah tertakluk kepada peruntukan Akta Kawalan
01:53Bekalan 1961 Akta 122 dan perlu mendapatkan lesen barang kawalan berjadual CSA daripada KPDN.
02:02Kewajipan ini dikenakan ke atas semua premis peruncitan yang menyimpan, membekal atau menjual barang kawalan berjadual.
02:11Berdasarkan rekod Kementerian
02:14Bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa meskipun Madani Mat tidak berada di bawah bidang kuasa langsung Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kosar
02:22Hidup, terdapat dua perkara yang menyentuh tanggungjawab Kementerian.
02:27Menurut Armizan, berdasarkan rekod Kementerian setakat ini, dua cowangan Madani Mat memiliki lesen CSA yang didaftarkan atas dua entiti perniagaan
02:36yang bertindak sebagai operator.
02:38Beliau menegaskan, KPDN sentiasa menyokong sebarang inisiatif yang mampu meningkatkan akses rakyat kepada barangan keperluan harian pada harga berpatutan serta
02:49membuka peluang perniagaan kepada usahawan tempatan.
Comments

Recommended