00:00Garis Panduan Pengurusan Sekolah Selamat dan Polisi Perlindungan Murid yang ditambah baik ke Menterian Pendidikan wajib dilaksanakan semua pentadbir sekolah
00:09tanpa sebarang kompromi.
00:11Perkara itu ditegaskan Menteri Pendidikan Fadlina Siddiq susulan beberapa insiden melibatkan pelajar terjatuh dari bangunan sekolah baru-baru ini.
00:23Menurut Fadlina, setiap insiden mempunyai fakta dan latar belakang berbeza. Langkah-langkah drastik telah diambil termasuk meningkatkan pemantauan terhadap aspek
00:33keselamatan di peringkat sekolah.
00:35Dan ini garis panduan keselamatan sekolah yang mesti wajib dan tanpa kompromi dibawa dan dilaksanakan oleh semua pentadbir sekolah.
00:45Jadi saya ambil kesempatan ini untuk mengingatkan sekali lagi kepada semua pentadbir sekolah untuk meningkatkan keselamatan di peringkat sekolah khususnya
00:55keselamatan pelajar.
00:57Yang kedua, kita juga komited untuk memastikan isu-isu yang terkait dengan keselamatan ini terus diberikan keutamaan.
01:03Fadlina berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran inisiatif perabot dan kalvi madani di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Yahya
01:13Awal di Johor Bahru, Johor.
01:15Jelas Fadlina aspek kesihatan mental pelajar turut diberi perhatian serius menerusi pelaksanaan saringan kesihatan mental secara berkala dan pengukuhan peranan
01:25kaunseler sekolah.
01:26Katanya sebarang petunjuk awal berkaitan masalah emosi dan kesihatan mental pelajar perlu ditangani segera melalui intervensi yang bersesuaian.
Comments