Skip to playerSkip to main content
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri

Tumpuan #AWANI745 malam ini:

- Harga diesel seluruh negara diselaraskan RM2.10 seliter.

-Sidang Parlimen bermula esok, Hamzah kekal Ketua Pembangkang, kerusi Muhyiddin dipindahkan.

-Pelabuhan Bintulu dikembalikan kepada kerajaan Sarawak.

-Lebih 260 kanak-kanak Palestin terbunuh di Gaza sejak gencatan senjata.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Intro
00:08Assalamualaikum, salam sejahtera
00:10Awani 7.45 bersiaran bersama saya Syaf Syukri
00:12dan jurubah sisyarat Muhammad Hakim Zahri
00:15Berikut merupakan antara paparan utama untuk malam ini
00:20Harga diesel seluruh negara diselaraskan
00:22RM2.10 seliter
00:27Sidang parlimen bermula esok
00:29Hamzah kekal ketua pembangkang kerusi Muhyiddin dipindahkan
00:35Pelabuhan Bintulu dikembalikan kepada kerajaan Sarawak
00:43Juga lebih 260 kanak-kanak Palestine terbunuh di Gaza
00:47sejak genjatan senjata
00:53Mesyuarat kedua penggal kelima parlimen ke-15
00:57bermula Isnin ini 22 Jun 2026
01:00dengan tumpuan terarah kepada pembentangan beberapa rang undang-undang RUU utama
01:05Ini termasuk RUU Perlembagaan Pindahan 2026
01:09bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun
01:13yang akan dibentang semula
01:17Persidangan yang berlangsung sehingga 16 Julai itu antara lain
01:21turut dijadual membentangkan semula RUU Perlembagaan Pindahan No. 2
01:242006 yang bertujuan mengasingkan peranan peguam negara dan penawar rakyat
01:29Kedua-dua RUU berkenaan sebelum ini telah dibentang pada mesyuarat pertama penggal ke-5
01:34parlimen ke-15 yang lepas
01:35Bagaimanapun RUU berkaitan hak jawatan Perdana Menteri tidak memperoleh sokongan 2 per 3 ahli Dewan Rakyat
01:41manakala RUU Peranan Peguam Negara dan Pendawar Raya
01:45telah dirujuk ke jawatan kuasa pilihan khas Dewan Rakyat
01:48untuk memberikan ruang kepada semua pihak berkaitan memperhalus dan menelitinya
01:52Turut menjadi perhatian ialah RUU Jenayah Cyber 2006
01:56selain RUU Pindahan Akta Pengangkutan Jalan 1987
02:00yang dijadual dibentangkan pada hari pertama persidangan
02:04dan akan dibahaskan pada esoknya
02:06Menteri Pengangkutan Anthony Luke berkata cadangan pindaan yang merangkumi 11 skop pindaan
02:11dan 42 fasal itu memfokuskan tindakan terhadap kegiatan lumba haram
02:16yang masih menjadi ancaman serius kepada keselamatan pengguna jalan raya
02:20Selain itu persidangan yang berlangsung selama 16 hari itu turut dijangka
02:25tertumpu kepada perbincangan pelbagai isu
02:27khususnya impak krisis bekalan tenaga global terhadap Malaysia
02:31susulan konflik berterusan di Asia Barat
02:33yang telah menjejaskan rantaian bekalan tenaga antarabangsa
02:37Sementara itu yang dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul
02:40mengingatkan semua ahli parlimen untuk melaksanakan tanggungjawab
02:43sebagai wakil rakyat dan menjalankan fungsi Dewan Rakyat
02:47menerusi perbahasan yang tertib, matang dan berlandaskan peraturan mesyuarat
02:51walaupun berdepan dinamika situasi politik ketika ini
02:54Mengulas berhubung pilihan raya negeri PRN Johor yang berlangsung serentak
02:58dengan persidangan Dewan Rakyat
03:00Johari turut mengingatkan kepada semua ahli parlimen untuk memberikan komitmen tinggi
03:04terhadap kehadiran ke parlimen
03:06selain tidak menyalahguna sesi persidangan untuk berpolitik
03:10Beliau berkata walaupun ahli parlimen mempunyai pelbagai komitmen politik
03:14di luar Dewan Rakyat
03:15kehadiran serta penyertaan mereka dalam persidangan merupakan tanggungjawab utama
03:20yang tidak boleh diketepikan
03:23Selain persidangan Dewan Rakyat
03:25Dewan Negara juga turut akan memulakan persidangan selama 10 hari
03:28bermula 20 Julai hingga 4 Ogas
03:33Perikatan Nasional mengadakan mesyuarat tergempar malam esok
03:36bagi membincangkan isu keanggotaan parti dalam gabungan
03:40Mesyuarat itu dijangka menjadi tumpuan
03:43sesulan beberapa isu berkaitan pengurusan dan penggunaan nama gabungan PN
03:47Mesyuarat tergempar dijadwalkan berlangsung pada jam 8.30 malam
03:52di Pejabat Agung PAS Kuala Lumpur
03:54berdasarkan notis yang dikeluarkan setiausaha agung PN
03:57Takyuddin Hassan pada 18 Jun 2026
04:01Agenda mesyuarat adalah berkaitan keanggotaan PN
04:03dan dibincangkan mengikut peruntukan fasal perlembagaan parti
04:07Notis tersebut turut diedarkan kepada pengurusi PN
04:10Datuk Seri Dr. Ahmad Syamsuri Mokhtar
04:12serta 4 timbalan pengurusi termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin
04:16dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
04:18Mesyuarat itu turut dijangka menyentuh isu penggunaan nama gabungan PN
04:22sesulan ketetapan bahawa sebarang aktiviti menggunakan nama tersebut
04:26tidak boleh diadakan tanpa keizinan pengurusi
04:39Pengurusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim
04:42akan menghadiri majlis pengumuman calon
04:45bagi pilihan raya negeri PRN Johor ke-16
04:47di Bukit Gambir tangkap pada Isnin 22 Jun
04:50menurutnya beliau akan bersama pimpinan PH
04:53bagi mengumumkan calon-calon
04:56yang bakal menggalas amanah rakyat
04:58pada pilihan raya negeri berkenaan
05:00Menerusi satu hantaran di media sosial pada ahad
05:03beliau berkata majlis berkenaan disifatkan
05:05sebagai langkah awal menuju kemenangan
05:07Majlis pengumuman calon Pakatan Harapan PRN Johor ke-16
05:12di jadual berlangsung pada 8 malam
05:14di Padang Bukit Gambir Extreme Park Tangkap
05:16Seruhanjaya pilihan raya menetapkan 11 Julai
05:19sebagai hari mengundi bagi PRN Johor
05:22dengan 27 Jun sebagai hari penaman calon
05:25manakala pengundian awal pada 7 Julai
05:52Kementerian Pertahanan berharap
05:54siasatan segera dapat dijalankan
05:56bagi mengenalpasti punca insiden letupan bom tangan
05:59yang mengorbankan dua anggota tentera
06:01dalam satu latihan di Gurun Kedah pada 16 Jun lalu
06:05Datuk Seri Mohd Khalid Nurdin berkata
06:07ia bagi membolehkan laporan penuh insiden berkenaan
06:09dapat dikemukakan kepada Kementerian Pertahanan
06:12secepat mungkin
06:15Katanya pihaknya tidak mahu membuat sebarang andaian
06:18berhubung punca kejadian sehingga siasatan lengkap dilaksanakan
06:22Malahan siasatan akan meneliti segala aspek
06:26termasuk kemungkinan kelemahan prosedur
06:28dan faktor melibatkan anggota yang menjalani latihan
06:32Dan ganet ini bila dicabut
06:34dalam masa tujuh saat kesti dibalik
06:36dan adalah amat malang
06:40insiden berlaku yang menyebabkan dua nyawa
06:43untuk korban
06:45dan saya ucapkan takziah atas kematian
06:48kedua-dua anggota tentera itu
06:50kesan daripada itu pihak tentera darat
06:55telah mengeluarkan arahan untuk tangguh
06:57semua latihan yang melibatkan soal penggunaan handgranate
07:04sehinggalah siasatan selesai
07:06mengapa keadaan itu berlaku
07:08Beliau berkata demikian kepada media
07:12selepas menghadiri program pengisian minyak percuma
07:15untuk motosikal di BH Petrol Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi
07:20Menurut beliau sebarang kelemahan yang dikenal pasti
07:23akan ditambah baik bagi memastikan kejadian sama tidak berulang
07:27Sebelum ini, dua anggota tentera maut ketika menjalani latihan
07:32di lapang sasar Kem Hobart, Gurun pada 16 Jun lalu
07:39Seramai 54 pendatang asing tanpa izin parti
07:42mengaku bersalah di Mahkamah Session Kota Baru hari ini
07:45atas pelbagai kesalahan imigresen
07:47Kesemua tertuduh berusia antara 19 hingga 56 tahun
07:51termasuk 15 wanita
07:53membuat pengakuan di hadapan Hakim Mahkamah Session
07:55Zulkifli Abdullah
07:56Mereka terdiri daripada 33 warga Myanmar
08:0012 warga Indonesia
08:015 warga Kemboja
08:03dan 4 warga Thailand
08:06Dalam proseding itu
08:0738 daripada mereka didakwa mengikut Seksyen 6-1-C
08:12Akta Imigresen 1959-63
08:16kerana memasuki dan berada di negara ini
08:19tanpa dokumen perjalanan yang sah
08:21manakala 10 lagi didakwa mengikut Seksyen 15-1-C
08:26kerana tinggal lebih masa
08:274 lagi didakwa mengikut Peraturan 39-B
08:31Peraturan-Peraturan Imigresen 1963
08:34kerana menyalahgunakan PAS
08:36manakala 2 lagi didakwa mengikut Seksyen 56-1-L
08:41Akta Imigresen kerana memiliki cap imigresen palsu
08:44Mahkamah menjatuhkan denda RM5,000 setiap seorang
08:48terhadap 38 tertuduh
08:50dengan hukuman penjara 2 bulan jika gagal membayar
08:5310 lagi didenda RM10,000 setiap seorang
08:57dengan hukuman penjara 3 bulan jika gagal membayar
09:004 tertuduh didenda RM1,000 setiap seorang
09:03dengan penjara 1 bulan jika gagal membayar
09:06manakala 2 lagi turut didenda RM5,000 setiap seorang
09:10dengan hukuman penjara 2 bulan jika gagal membayar
09:13Pegawai pendawaan Siti Khadijah Khairuddin mengendalikan kes berkenaan
09:17Dua daripada tertuduh diwakili peguam Nik Muhammad Naqib Muhammad Nur
09:22manakala baki 52 tidak diwakili peguam
09:25Mahkamah dimaklumkan bahawa tertuduh warga Myanmar berkomunikasi melalui jurubahasa sepanjang proseding
09:32Kesemua 54 tertuduh merayu agar dikenakan hukuman ringan
09:36dengan sebahagian menyatakan kesukaran kewangan dan tanggungan keluarga di negara asal mereka
09:41Mereka ditahan dalam operasi berasingan Jabatan Imigresen Negeri pada 8, 11 dan 13 Jun
09:48di beberapa lokasi sekitar kota Baharu, Bacok, Kuala Kerai dan Pasir Mas
09:56Polis menahan dua beradik di Syaki menjadikan rumah mereka di kampung duyung besar Kuala Terengganu
10:03sebagai tempat penyimpanan dadah
10:05Ketua Polis Terengganu Muhammad Hairi Khairuddin berkata
10:08Dalam serbuan itu, 22 kg bunga ganja bernilai RM1.76 juta
10:15yang dipercayai untuk pasaran antarabangsa dirampas
10:19Serbuan melalui OPS tapis khas pada jam 3.30 petang ahad lepas
10:24turut menahan dua lelaki berusia 39 dan 50 tahun
10:29Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek berperanan sebagai penjaga store kepada sindiket dadah yang dipercayai aktif sejak Mac lalu
10:38Bekalan dadah itu dipercayai diperoleh melalui rangkaian sindiket antarabangsa yang menyelidup masuk dadah menerusi jalan laut
10:46Ujian saringan mendapati kedua-dua suspek negatif dadah
10:50namun suspek berusia 50 tahun mempunyai 13 rekod jenayah lampau berkaitan dadah
10:55Polis percaya dadah yang dirampas boleh digunakan oleh kira-kira 44,000 penagih dan akan diproses menjadi cecair untuk digunakan
11:04dalam rokok elektronik
11:05Dalam operasi sama, polis menyita pelbagai harta bernilai RM149,000 termasuk sebuah kereta, tiga motosikal dan wang tunai
11:14Kedua-dua suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952
11:26Polis menutup lima zon di kawasan bencana ribut di sekitar Bercam dan mengekang pergerakan keluar masuk bagi menjamin keselamatan serta
11:34harta benda penduduk terjejas
11:36Ketua Polis Daerah Ipoh SCP Muhammad Najib Hamzah berkata pihaknya mengetatkan kawalan terutama pada waktu malam berikutan beberapa kawasan terjejas
11:46masih tiada bekalan elektrik
11:49Pihak polis dalam masa sama memberi kelonggaran terhadap penduduk yang perlu kembali ke kediaman masing-masing bagi urusan pembersihan
11:57Jelasnya pergerakan keluar masuk akan dipantau bagi memastikan tiada kejadian pecah rumah atau kecurian berlaku di kawasan bencana
12:06Setakat 8 pagi, polis menerima 492 laporan berhubung kejadian ribut melalui operasi ob bencana dan tiada had masa ditetapkan untuk
12:16mangsa membuat laporan
12:18Pihak berkuasa juga masih menyiasat nilai kerugian sebenar yang dialami penduduk terjejas
12:24Kejadian ribut tersebut menjejaskan lebih 200 buah rumah di beberapa kawasan termasuk Anjung Bercam Utara, Taman Mujur dan Kampung Bercam
12:33Pihak berkuasa menyifatkan kejadian itu berkemungkinan berkaitan fenomena berlalai darat
12:55Assalamualaikum, salam sejahtera
12:57Sinarawani bersiaran bersama saya Syaf Syukri dan Jurubah Sisyarat Mohon Hakim Azhari
13:01Berikut merupakan antara paparan utama untuk malam ini
13:07Harga diesel seluruh negara diselaraskan RM2.10 seliter
13:13Sidang parlimen bermula esok, Hamzah kekal ketua pembangkang kerusi Muhyiddin dipindahkan
13:22Pelabuhan Bintulu dikembalikan kepada kerajaan Sarawak
13:30Juga lebih 260 kanak-kanak Palestine terbunuh di Gaza sejak genjatan senjata
13:40Kerajaan memutuskan menurunkan harga diesel di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak
13:46Kepada RM2.10 seliter berkuatkuasa Julai ini
13:50Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata
13:52Langkah itu bertujuan memastikan semua rakyat negara ini dapat menikmati manfaat yang sama
13:57Seperti pengguna di Semenanjung
13:59Jadi sebab itu
14:03Kita pastikan
14:06Pertamanya diesel harganya diturunkan
14:11Yang harga diesel daripada RM2.15 seliter kepada RM2.10 seliter
14:20Kemudian
14:24Hari ini untuk
14:25Semua dan tentunya manfaatnya lebih kepada rakyat Sabah dan Sarawak
14:31Dan ini bermula
14:34Julai
14:36Seminggu dua kali
14:37Tapi dah
14:39Saya ingat
14:44TPM dah tengok
14:45Saudara Mustafa
14:49Mizan
14:50Mereka dah teliti juga
14:52Supaya
14:55Jadi
14:57Maknanya
14:59Kalau kita guna MyCard
15:01Harga sama
15:03Semenanjung dan
15:05Sabah Sarawak
15:06Iaitu RM2.10 seliter
15:10Untuk rakyat Malaysia
15:12Yang menggunakan kenderaan diesel
15:15Beliau berucap pada Majlis Penyerahan Cek Penukaran Status Pelabuhan Bintulu
15:20Daripada Pelabuhan Persekutuan kepada Pelabuhan Negeri
15:24Di Menara Kidurung Bintulu pada Ahad
15:26Anwar yang juga Menteri Keuangan berkata
15:29Penurunan harga berkenaan akan dilaksanakan
15:31Menerusi pembaruan penyelarasan subsidi diesel
15:34Yang seragam di seluruh negara
15:36Menggunakan mekanisme berasaskan MyCard
15:39Ia selaras dengan pendekatan yang telah dilaksanakan melalui Budi Madani Ron 95 Budi 95
15:45Beliau menjelaskan kaedah itu penting bagi memastikan subsidi diesel disalurkan kepada golongan sasar
15:52Selain mengurangkan ketirisan dan membendung aktiviti penyelidupan bahan api
15:57Khususnya di kawasan sempadan
16:01Sementara itu, Kementerian Keuangan dalam kenyataan berasingan berkata
16:06Melalui pembaharuan ini, rakyat Malaysia akan menikmati harga dan cara yang sama di seluruh negara
16:11Tegasnya subsidi diesel akan disalurkan terus kepada rakyat melalui pengesahan MyCard
16:17Manakala bukan warga negara dan pihak yang tidak layak perlu membeli diesel pada harga tanpa subsidi
16:23Kementerian itu menambah ketika ini diesel masih dijual pada harga runcit bersubsidi RM2.15 seliter
16:30Di semua stesen minyak di Sabah dan Sarawak berbanding harga runcit tanpa subsidi
16:35Sebanyak RM4.37 seliter di semenanjung Malaysia
16:39Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan pembaharuan penyasaran subsidi diesel itu
16:44Akan diumumkan Menteri Keuangan 2, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada Isnin
16:54Dakuan kebocoran data peribadi yang tular di media sosial adalah berkaitan insiden lama sebelum tahun 2022
17:00Dan tidak melibatkan platform semasa
17:03Majlis Keselamatan Negara MKN menegaskan tindakan undang-undang serta siasatan saiber
17:08Kini sedang diambil bagi menangani isu tersebut
17:11Menerusi kenyataan MKN, menerusi agensi keselamatan saiber negara Naksa memaklumkan
17:17Maklumat tersebut dipercayai berpunca daripada aktiviti pencerobohan sistem sebelum 2022
17:24Dan kini disebarkan semula secara tidak sah
17:28Naksa menegaskan penyebaran maklumat peribadi yang diperoleh secara tidak sah adalah kesalahan di bawah undang-undang Malaysia
17:35Walaupun melibatkan pelayan luar negara
17:37Pihak berkuasa turut bertindak dengan MyNIC dan Jabatan Perlindungan Data Pribadi
17:44Bagi menurunkan serta menyekat laman web yang terlibat
17:48Polis di Raja Malaysia turut menjalankan siasatan forensik digital bagi mengenalpasti pihak yang terlibat
18:02Pemindahan Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Sarawak merupakan satu peristiwa bersejarah
18:08Yang mencerminkan komitmen Putrajaya untuk menegakkan Perlembagaan Persekutuan dan Semangat Perjanjian Malaysia 1963 MA63
18:16Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penyerahan itu adalah antara keutamaan utama
18:21Yang dibincangkan dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg
18:31Menurutnya Kerajaan Pusat telah bekerjasama rapat dengan timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof
18:37Dan Kerajaan Sarawak untuk mempercepatkan proses itu
18:40Kerajaan Persekutuan dan Sarawak sebelum ini secara prinsip bersetuju dengan penilaian RM1.8 bilion
18:47Untuk pengambil alihan Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Negeri
18:51Mengakui kebimbangan yang dibangkitkan oleh pihak tertentu di Sarawak dan Semenanjung Malaysia berhubung rundingan berkaitan MA63
18:59Anwar menegaskan perbincangan antara Putrajaya dan Kuching sentiasa dijalankan dalam semangat saling mempercayai dan persefahaman
19:08Beliau menjelaskan tidak pernah ada sebarang ancaman daripada Sarawak dalam pandangan dan rundingan berkaitan dengan hak negeri itu dalam Persekutuan
19:16Malaysia
19:17Anwar juga mendedahkan bahawa rundingan melibatkan Petronas dan Petros hampir selesai
19:22Beliau berkata beberapa prinsip asas telahpun dipersetujui oleh kedua-dua kerajaan
19:27Dan melahirkan harapan bahawa perjanjian muktamad akan dimeterai tidak lama lagi
19:31Beliau berkata demikian ketika majlis perpindahan di Menara Kidurung Lembaga Pelabuhan Bintulu di Bintulu
19:41Sebab yang kita janji patuh perpindahan dan semangat MA63
19:50Itu kita cumaikan
19:53Dan yang kedua
19:56Belum pernah saya tak tahu
19:58Kalau ingat mana-mana projek lain
20:01Di mana bagi uang
20:03Apa-apa
20:07Walaupun
20:07Ada kes ini tersendiri
20:10Tetapi
20:12Di tempat-tempat lain mengarah-kadang ada juga rundingan kita serah-menyerah
20:16Tapi
20:17Hari ini sebagai
20:19Menteri Keuangan
20:21Saya berasa sangat lega
20:26Yang dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengesahkan telah menerima makluman berhubung kedudukan Datuk Sri Hamzah Zainuddin
20:34Sebagai ketua pembangkang
20:35Dalam masa sama beberapa pertukaran tempat duduk ahli parlimen akan dilaksanakan pada sidang Dewan Rakyat yang bermula esok
20:42Memetik bernama katanya beberapa pertukaran tempat duduk melibatkan ahli parlimen
20:47Antaranya melibatkan ahli parlimen paguh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berubah tempat duduk atas permintaan beliau sendiri
20:54Berdasarkan kemas kini terkini pelan tempat duduk parlimen
20:58Muhyiddin kini ditempatkan di blok E dalam Dewan Rakyat
21:02Kedudukan Hamzah sebagai ketua pembangkang kekal di barisan hadapan blok pembangkang
21:06Bersebelahan ahli parlimen kemaman Datuk Sri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
21:11Sebelum ini Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan
21:15Hamzah kembali menggalas tugas sebagai ketua pembangkang
21:18Mesyuarat Dewan Rakyat akan berlangsung dari 22 Jun hingga 16 Julai depan
21:28Sekurang-kurangnya 265 kanak-kanak Palestine terbunuh di semenanjung Gaza
21:33Sejak fasa pertama perjanjian genjatan senjata berkuat kuasa pada Oktober 2025
21:38Jurucakap tabung kanak-kanak pertubuhan bangsa-bangsa bersatu UNICEF James Elder
21:44Menyifatkan angka korban tersebut sebagai tidak masuk akal dan amat memilukan
22:14Menurut elder, mangsa tidak hanya terkorban di medan perang semata-mata
22:18Sebaliknya di rumah, sekolah ketika bermain bola sepak atau memancing
22:22Pada masa sama elder turut mendakwa lebih 90% kematian itu berpunca daripada tindakan tentera Israel
22:30Pendedahan itu hadir ketika kebimbangan antarabangsa semakin meningkat
22:34Terhadap keadaan kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza
22:41Jangan ke mana-mana selepas ini kami bawakan perlindungan sosial rakyat Malaysia bekerja di luar negara di peringkat akhir
23:00Bertemu kembali, skim pengembara yang menyediakan perlindungan sosial kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara
23:06Terutama di Singapura, kini berada di peringkat akhir dan akan dibentangkan pada sidang parlimen yang akan bermula pada Isnin 22
23:14Jun 2026
23:15Menteri Sumber Manusia Datuk Suri R. Ramanan berkata
23:19Kesuma bersama Perkeso telah menyiapkan kertas cadangan berkaitan skim berkenaan
23:24Dan kini melengkapkan proses mendapatkan kelulusan diperlukan yang dijangka selesai seawal Ogos ini sebelum ia dikuatkuasakan
23:32Mungkin kadang-kadang kita sebenarnya sebelum kita bentang apa-apa paper pun kita akan melibatkan ahli-ahli parlimen yang lain
23:39Untuk memberitahu mereka manfaat program ini
23:43Jadi kita akan membuat demikian dan sejurus selepas paper itu mendapatkan kelulusan ahli-ahli parlimen
23:50Dewan Rakyat dan Dewan Negara
23:52Ia akan secepat mungkin dia akan dilaksanakan untuk digunakan oleh rakyat Johor
23:58Yang berulang alik daripada Johor ke Singapura dan Singapura ke Johor
24:02Demi kelindungan keselamatan sosial mereka
24:04Beliau berkata demikian selepas merasmikan karnival lindung kerjaya madani
24:09Di Setia Tropika Convention Center Setia Tropika di Johor Bahru pada Ahad
24:13Ramanan berkata sebaik sahaja semua selesai
24:15Pelaksanaan skim itu boleh dimulakan serta merta
24:18Kerana Perkeso telah bersedia sepenuhnya
24:21Beliau berkata skim itu dijangka memberi pelindungan sosial kepada kira-kira
24:25480,000 rakyat Malaysia yang berulang alik setiap hari antara Johor dan Singapura
24:30Menurut Ramanan skim pengembara itu akan dilaksanakan
24:34Melalui perluasan liputan perlindungan di bawah Akta 789
24:38Atau skim lindung kendiri di bawah seliaan Perkeso
24:42Membolehkan individu yang layak membuat caruman bagi mendapatkan akses
24:46Kepada 8 jenis faedah yang ditawarkan
24:51Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan KPKT akan melaksanakan kajian semula menyeluruh terhadap
24:58Serangka Kerja Sijil Siap dan Pematuhan CCC
25:01Menterinya Nga Koming berkata satu pasukan petugas khusus akan ditubuhkan
25:06Bagi menjalankan penilaian holistik terhadap rangka kerja CCC yang diperkenalkan pada 2007
25:12Menurut beliau semakan itu akan memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan birokrasi yang tidak perlu
25:19Meningkatkan kecekapan melalui integrasi digital dan menuntuk kelompongan peraturan sedia ada
25:24Nga berkata reformasi tersebut bertujuan mewujudkan gerangka kawal selia yang lebih mesra perniagaan
25:31Disamping menyokong pembangunan berkualiti tinggi dan pembentukan bandar mampan
25:36Beliau turut memaklumkan Malaysia kini mempunyai lebih 500 juta kaki persegi
25:41Bangunan berindeks hijau hasil kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam mencapai matlamat pembangunan mampan
25:49Dalam pari itu katanya Majlis Anugerah Presiden Institut Arkitek Malaysia PAM
25:54Akan dilibatkan dalam proses semakan bagi memastikan pandangan dan kepakaran industri
25:59Diambil kira dalam reformasi yang dilaksanakan
26:05Kemeriahan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia Maha 2026
26:12Mula dirasai menerusi program Road to Maha 2026 RTM Zon Tengah
26:18Yang berlangsung di Kompleks Sukan Pandamaran Kelang Selangor
26:22Program yang dirasmikan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Muhammad Sabu itu
26:28Merupakan sebahagian daripada siri jelajah promosi Maha 2026
26:32Yang bakal berlangsung di Maib Serdang dari 28 Ogos hingga 6 September tahun ini
26:39Muhammad berkata Road to Maha menjadi platform penting untuk mendekatkan agenda pembangunan sektor agromakanan kepada rakyat
26:46Selain mempromosikan pelbagai tarikan yang bakal diketengahkan pada Maha 2026
26:52Menurut beliau antara fokus yang semakin mendapat perhatian ialah agro pelancongan yang menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung untuk melihat sendiri
27:01aktiviti pertanian dan pengeluaran makanan
27:03Yang meningkat sekarang ini agro turism di mana pelancongan yang bercorak berasakan pertanian ini sedang mendapat sambutan
27:12Kalau kita lihat di tengah-tengah sawah padi sekarang ini ada diangkat buat satu tempat tinggi untuk minum kopi
27:20Dan ramai orang penggemar untuk bawa anak isteri, keluarga pergi minum kopi di tempat seperti itu
27:27Kerana mereka nak merasai bagaimana beras yang makan itu dibuat, ditanam dan dihasilkan
27:33Begitu juga dalam kebundurian, dalam tempat aquaculture agro turism menjadi agak popular sekarang ini
27:42Dan Maha akan memainkan peranan mendorong supaya agro turism ini dapat dipertinggalkan
27:48Bagi Zon Tengah, program itu menyasarkan kehadiran 20,000 pengunjung dengan nilai jualan RM600,000 dengan penyataan kira-kira 80
27:57usahawan agro makanan
27:58Pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuk Pavilion Maha 2026, Kingdom of Agro Food, jualan agro madani, food fiesta, laman ternakan serta
28:08pameran produk dan perkhidmatan agro makanan
28:11Sementara itu, Ketua Sekretariat Maha, Datuk Dr. Muhammad Hanif Hassan berkata, siri Road to Maha diadakan bagi memastikan mesej dan
28:19kemeriahan Maha dapat dirasai lebih awal oleh rakyat di seluruh negara
28:23Jadi tujuan kita buat Road to Maha ni adalah sebagai satu road show atau showcasing untuk kita war-war kan
28:33Supaya berlaku satu selective retention kesedaran kepada rakyat Malaysia
28:39Dan setakat ini kita dah mengadakan Road to Maha di Zon Utara di Alustar, Zon Selatan di Melaka
28:47Kita dah adakan di Kota Kinabulu Sabah dan Zon Tengah hari ini di Panamaran Parlimen Kota Raja Kelang
28:54Dan insyaAllah kita akan adakan di Mini Maha di Labuan seluruhnya penutup Road to Maha di Kota Baru Kelantan
29:03Dan kita yakin dan pasti ramai rakyat Malaysia nak melibatkan diri
29:07Kalau mereka tidak dapat sepenuhnya at least dengan Road to Maha ni dia akan memberi sedikit sebanyak
29:13Apa nama tu, spillover efek untuk dimerasai keberadaan Maha
29:17Pada majlis sama, Muhammad turut melancarkan laman web rasmi Maha
29:21Memperkenalkan maskot Cik Lah dan Cik Yam
29:24Serta menyampaikan RM4.4 juta insentif dan bantuan kepada 215 usahawan agromakanan di Zon Tengah
29:32Mengangkat tema penciptaan nilai demi keterjaminan makanan
29:36Maha 2006 dijangka menghimpunkan teknologi pertanian modern, inovasi, peluang pelaburan dan kerjasama industri dengan sasaran nilai MOU RM8 bilion
29:46Serta jualan langsung RM58 juta
29:54Kita berteriak sekali lagi, selepas ini Iran tidak puas hati, mereka pantau pergerakan pasukan
30:07Bertemu kembali, pasukan boleh sepak kebangsaan Iran menjalani sesi latihan pada Sabtu
30:12Sebagai persiapan menghadapi perlawanan kedua mereka di Piala Dunia di Amerika Syarikat menentang Belgium
30:18Pengarah Eksekutif Pasukan Petugas White House bagi kejohanan tersebut Andrew Giuliani memaklumkan bahawa pihak berkuasa Amerika Syarikat akan terus menilai
30:27situasi perjalanan Iran
30:28Namun setakat ini tiada perubahan dibuat walaupun Iran merancang untuk mengemukakan aduan rasmi kepada FIFA
30:35Pasukan Iran menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sekatan perjalanan yang dikenakan
30:40Yang mana mereka hanya dibenarkan bergerak ke lokasi dalam tempoh 24 jam sebelum perlawanan
30:46Dan perlu kembali segera ke pangkalan latihan di Tijuana, Meksiko
30:51Sebaik saja tamat setiap aksi
30:53Ketua Jurulatih Iran menyifatkan situasi itu sebagai tidak adil dan mendakwa pasukannya sebagai pasukan paling tertekan dalam keseluruhan Piala Dunia
31:03Pelawanan antara Iran dan Belgium dijangka berlangsung pada ahad dengan kedua-dua pasukan bertekad untuk meraih keputusan positif dalam kempen
31:11Piala Dunia
31:16Ratusan penyokong bola sepak Jepun membanjiri lintasan perjalanan kaki ikonik Shibuya Crossing di Tokyo pada ahad
31:22Bagi meraihkan kemenangan bergaya 4-0 ke atas Tunisia dalam saingan Piala Dunia sekaligus mencatat kemenangan terbesar Jepun dalam sejarah
31:31kejohanan itu
31:31Berdasarkan rakaman yang dikongsi Reuters, rata-rata penyokong mengenakan jersi biru dan mengibarkan bendera negara mula memenuhi kawasan tersebut
31:40Sebaik whistle penamat dibunyikan
31:45Ayase Uweda muncul wira Jepun apabila meledak dua gol untuk membantu skuad kendalian Hajime Moriasu mengumpul empat mata dalam kumpulan
31:54F sekaligus menyampai pungutan mata Belanda
31:57Kemenangan menyakinkan di Monterey menyaksikan Jepun muncul sebagai pasukan Asia pertama menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan kejohanan itu
32:06Sementara itu Tunisia yang sebelum ini dibelasa Sweden 51 tersingkir daripada saingan selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut
32:23Dan ini laporan yang baru kami terima
32:26Pelumba muda negara Hakim Danish Ramli bangkit mencipta kemenangan dalam perlombaan Moto3 Grand Prix GP Check di Lita Berno hari
32:34ini
32:34Kejayaan pelumba berusia 18 tahun yang mewakili pasukan Aeon Credit MT Helmets MSI itu
32:41Menamatkan penantian selama 10 tahun Malaysia untuk menyaksikan kemenangan wakil negara dalam saingan Moto3 sejak kali terakhir diraih Khairul Idahampawi
32:51pada GP Argentina dan GP Jerman musim 2016
32:55Walaupun meraih petak kedua pada sesi kelayakan semalam
32:58Hakim Danish dikenakan hukuman selepas didapati memperlahankan motosikalnya di salah satu sektor ketika sesi kelayakan kedua
33:07Keputusan itu menyaksikan Hakim Danish kehilangan 12 posisi dan terpaksa memulakan perlumbaan dari petak ke-14
33:15Bagaimanapun pelumba kelahiran Terengganu itu mempamerkan aksi cemerlang apabila memintas seorang demi seorang pencabar
33:23Sebelum melintasi garisan penamat di kedudukan pertama dengan catatan masa 33 minit 34.26 saat
33:33Dan laporan itu tadi mengakhiri sinar awani untuk malam ini
33:37Dengan itu saya Syaf Syukri Assalamualaikum Salam Hormat kita jumpa lagi
33:42Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended