Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Kejayaan universiti Malaysia dalam ranking antarabangsa membuktikan keupayaan negara sebagai hab pendidikan tinggi serantau, dengan Universiti Teknologi Petronas (UTP) mencatat pencapaian terbaik apabila berada dalam kelompok 40 universiti terbaik Asia.
Transcript
00:00Pencapaian Universiti Malaysia dalam rangking antarabangsa membuktikan keupayaan negara sebagai hub kecemelangan pendidikan tinggi.
00:08Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zamri Abdul Qadir berkata,
00:12Ranking tersebut merupakan petunjuk penting terhadap kualiti dan daya saing institusi pengajian tinggi negara.
00:20Menurut si hantaran di Facebook, jelasnya pencapaian itu merupakan hasil usaha kolektif pensyarah,
00:25penyelidik, pelajar, alumni serta rakan industri yang terus memperkukuh sektor pendidikan tinggi negara.
00:32Beliau berkata ranking bukan matlamat utama universiti, namun ia masih menjadi penanda aras penting kualiti dan reputasi institusi.
00:40Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Universiti Teknologi Petronas yang menjadi Universiti Pertama Malaysia,
00:47tersenarai dalam kelompok 40 terbaik Asia.
00:50Antara institusi lain yang terus mencatat prestasi memberangsangkan termasuk Universiti Malaya UM,
00:56Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, Universiti Teknologi Malaysia UTM,
01:00Universiti Sains Malaysia USM, Universiti Putra Malaysia UPM.
01:05Menurut laporan, sebanyak 27 institusi Malaysia tersenarai dalam The Asia University Rankings 2006
01:11dengan enam universiti dalam kelompok 100 terbaik Asia.
01:14Zamri berkata pencapaian itu diharap terus meningkat dan memperkukuh kedudukan Malaysia.
01:20sebagai destinasi pilihan pendidikan tinggi serantau.

Recommended