00:00Rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran yang dijadol berlangsung pada Jumaat di Switzerland dibatalkan pengumuman oleh Kementerian Luar Switzerland itu
00:07dibuat selepas White House memaklumkan bahawa naib Presiden mereka J.D. Vance tidak akan menghadiri rundingan berkenaan seperti yang dirancang.
00:18Rundingan itu sepatutnya diadakan di perkampungan Oburgen bagi memulakan perbincangan susulan pemetraian Memorandum Persefahaman MOU antara Washington dan Tehran yang
00:28membuka ruang rundingan selama 60 hari berhubung program nuklear Iran serta kelancaran trafik minyak melalui selat hormus.
00:35Juru cakap White House berkata Amerika masih berharap dapat mengulakan rundingan teknikal secepat mungkin sambil menjelaskan urusan logistik rundingan berkenaan
00:44sememangnya rumit dan sukar dijangka.
00:46Terdahulu media berbahasa Arab Al-Mayadin melaporkan Tehran nangguhkan penghantaran delegasinya ke Switzerland susulan kempen ketenteraan perterusan Israel di Lubnan.
00:55Israel yang tidak terlibat dalam rundingan damai itu dilaporkan meneruskan operasi ketenteraan terhadap Hezbollah di Lubnan termasuk melancarkan serangan udara
01:05baharu Perkhamis.
01:07MOU berkenaan menggariskan penamatan kekal perang di Lubnan serta jaminan terhadap kedaulatan dan integriti wilayah negara itu.
01:14Presiden Donald Trump sebelum ini menyatakan harapan agar gencatan senjata menyeluruh dapat dicapai di semua lokasi konflik.
Comments