Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Projek rintis pelantikan bekas tentera sebagai warden sepenuh masa di dua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menunjukkan penurunan drastik isu terkait masalah disiplin pelajar, dengan masalah buli hampir sifar.
Transcript
00:00Projek Rintis Penantikan Bekas Tentera sebagai Warden Sepenuh Masa di dua Maktab Rendah Sains Mara MRSM
00:07menunjukkan penurunan drastik isu terkait masalah disipin pelajar dengan masalah buli hampir sifar.
00:13Perkara itu dikongsi Pekurusi Mara, Datuk Dr. Ashraf Wajadi Dusuki selepas menerima laporan
00:18melangkap kajian keberkesanan projek Rintis Penantikan Warden Luas Sepenuh Masa
00:22dalam kalangan bekas tentera yang dilaksanakan di MRSM Besut dan MRSM Balik Pulau.
00:30Buku laporan setebal 19 muka surat itu diserahkan Ketua Penyelidik Institut Pengajian Sains Sosial Ipsas
00:36Universiti Putera Malaysia UPM Prof. Madia Dr. Haliza Abdul Rahman.
00:41Berkongsi lanjut dapatan utama kajian itu, Ashraf Wajadi berkata antara lain
00:45Warden bekas tentera berkesan mengawal disiplin dan keselamatan fizikal asrama
00:50selain inisiatif itu diterima positif oleh pelajar, ibu bapa dan pentadbir.
00:54Katanya kehadiran Warden yang kerap dan sistematik meminumkan ruang berlakunya
00:59buli dan vandalisme.
01:01Jelas Ashraf Wajadi pelajar berasa lebih selamat dan lebih berisiplin
01:05dalam mematuhi waktu, kekemasan diri dan asrama, mencanai nilai hormat dan adab.
01:11Malah ia memperkukuh dimensi kerohanian pelajar dengan keterlibatan langsung
01:15Warden dalam aktiviti keagamaan.
01:17Paling penting ia juga mengurangkan beban guru dengan memberikan tumpuan
01:20sepenuhnya kepada kecemerlangan akademik dan bimbingan sahsia.
01:24Berdasarkan laporan positif kajian ini, Ashraf Wajadi berkata,
01:27Mara akan melaksanakan pengambilan Warden sepenuh masa dari kalangan bekas tentera
01:31di semua 58 MRSM seluruh Malaysia.
01:35Beliau juga meminta pihak UPM bekerjasama menyediakan modul latihan
01:39kepada Warden-Warden baru ini dan melanjutkan kajian untuk menangani
01:42isu buli mental secara holistik.
01:45Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended