Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Malaysia mencatat pencapaian terbaik dalam tempoh sedekad apabila melonjak lapan anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam World Competitiveness Ranking 2026, didorong keberkesanan reformasi kerajaan dan peningkatan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.
Transcript
00:00Bertemu kembali, Malaysia mencatat prestasi terbaik dalam tempoh sedekat apabila naik 8 anak-anak tangga ke kedudukan ke-15 daripada
00:0870 ekonomi dalam World Competitiveness Ranking atau WCR 2026.
00:14Ketua Setiusaha Negara Tan Sri Syamsul Azri Abu Bakar menyifatkan pencapaian itu sebagai bukti keberkesanan usaha reformasi yang dilaksanakan Kerajaan
00:23Madani.
00:24Jelasnya, kedudukan itu meletakkan Malaysia pada landasan yang tepat untuk mencapai sasaran kerajaan iaitu berada dalam kalangan 12 ekonomi paling
00:32berdaya saing menjelang 2030.
00:35Menurut beliau, faktor kecekapan kerajaan mencatat peningkatan paling ketara apabila melonjak 11 anak tangga daripada kedudukan ke-25 kepada ke
00:45-14.
00:45Pencapaian itu mencerminkan hasil reformasi bagi memperkukuh tata kelola, meningkatkan kecekapan penyampaian dan mengurangkan beban birokrasi.
00:55Antara peningkatan yang direkodkan termasuk tempoh memulakan perniagaan yang naik 38 anak tangga daripada kedudukan ke-53 kepada ke-15.
01:06Subfaktor perundangan perniagaan turut meningkat 29 anak tangga ke kedudukan ke-17, manakala indikator baharu beban peraturan meletakkan Malaysia di
01:16kedudukan ke-11 dunia.
01:18Pada masa sama, indikator birokrasi meningkat ke kedudukan ke-6 dunia berbanding tangga ke-14 sebelum ini.
01:25Syamsul Azri berkata pencapaian itu selari dengan pelaksanaan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam atau ARPA serta Penguatkuasaan Akta Iltizam Kecekapan Perkhidmatan
01:36Kerajaan 2025.
01:38Beliau menambah program reformasi kerenah birokrasi yang menyasarkan 500 projek tahun ini dijangka menjana penjimatan kos pematuhan sehingga RM2.5
01:48bilion kepada rakyat dan komuniti perniagaan.
Comments

Recommended