Skip to playerSkip to main content
  • 5 days ago
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan 1,638 syarikat lagi, yang disyaki terlibat dalam mengemukakan tuntutan palsu bagi mendapatkan insentif di bawah Program Daya Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melibatkan anggaran kerugian RM45 juta.
Transcript
00:00Suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia SPRM mengesan 1,638 syarikat lagi yang disyaki terlibat dalam mengemukakan tuntutan palsu bagi mendapatkan insentif
00:11di bawah program Daya Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial Perkeso melibatkan anggaran kerugian RM45 juta.
00:20Dalam sidang media khas pada Khamis, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abdul Halim Aman berkata ketika ini siasatan tertumpu kepada
00:28143 syarikat yang dikenalpasti mengemukakan tuntutan palsu bernilai kira-kira RM9 juta sebelum diperluaskan kepada bagi syarikat yang dikesan melalui
00:39risikan dan siasatan.
00:59Pertubuhan Keselamatan Sosial Perkeso
01:11Dapat kerjasama yang baik setakat ini memang dapat kerjasama yang baik daripada Perkeso Negeri dan juga Ibu Kejabat dan apabila
01:20telah dilengkapkan penyiasatan tersebut, kita akan start charging lah.
01:25Abdul Halim berkata, Ops Daya dilancarkan pada 9 Jul lepas merupakan operasi bersepadu antara SPRM dan Perkeso bagi menyiasat penyelewengan
01:34tuntutan insentif program Daya Kerjaya 2.0
01:38Katanya, sebanyak 63 kertas siasatan dibuka dengan 97 individu terdiri daripada 86 pemilik syarikat dan 11 ejen ditahan setakat selepas
01:50bagi membantu siasatan.
01:53Menurut beliau, daripada jumlah tersebut, 77 individu telah direman dan pihaknya merakam keterangan daripada 577 individu.
02:02Di dalam operasi tersebut, beberapa sitaan telah dilakukan yang melibatkan harta alih bernilai RM74,198 yang mana terdiri daripada emas,
02:20wang tunai dan lain-lain barang yang berharga.
02:25Serta juga terdapat 36 jenis akaun dibekukan dengan nilai keseluruhannya adalah sebanyak RM463,076 dan 92 sen.
02:37Abdul Halil berkata, modus operandi yang dikenal pasti adalah data individu disalahguna untuk tuntutan insentif,
02:45seguh hati sekali beri diberikan kepada pekerja walaupun tuntutan penuh sudah dibuat,
02:51serta maklumat orang kurang upaya OKU digunakan untuk bayaran kepada pihak lain.
02:57Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended