Skip to playerSkip to main content
Pengarah Program MBA Putra Business School, Prof. Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata persaingan eksport minyak daripada negara-negara teluk dijangka menjadi sengit, sekiranya Iran dan Amerika Syarikat (AS) capai kata sepakat untuk menamatkan sekatan di Selat Hormuz. Jelasnya, negara-negara pelanggan minyak kini sudah ada alternatif sumber minyak daripada negara lain, yang mengurangkan permintaan kepada minyak daripada rantau Asia barat berkenaan. #AgendaAWANI
Transcript
00:00mereka mempunyai pelanggan utama di Asia
00:04terutamanya Jepun, Korea, India, Bangladesh dan sebagainya
00:10yang bergantung kepada minyak daripada negara OPEC dan juga Arab Saudi
00:14tetapi apabila Iran kembali dalam eksportan minyak ini
00:20sudah tentu pelanggan-pelanggan di Asia sudah mempunyai satu lagi pilihan
00:25malahan mungkin pilihan yang lebih murah
00:29dan oleh itu ia akan mengubah pola di sekitar Timur Tengah ini
00:35dari segi eksport minyak itu sendiri
00:38itu yang saya nampak secara keseluruhan ia memberi manfaat kepada pelanggan di Asia
00:45dalam sudut mempunyai lebih banyak pilihan harga minyak yang lebih mungkin kompetitif
00:51tetapi di rantau Timur Tengah itu sendiri mungkin persaingan akan menjadi lebih sengit
00:58dan kepelbagaian sektor ekonomi untuk tidak terlalu bergantung kepada pendapatan daripada minyak dan gas
01:08akan diteruskan supaya apa saja krisis berlaku selepas ini tidak memberi impak yang begitu ketara kepada mereka
01:16dan tahap Iran kita lihat pengajar pengkaji hampir keseluruhan pengkaji yang ada sekarang ini yang berkait dengan perperangan ini
01:24menyebutkan dengan jelas bahawa sebenarnya ini adalah satu kemenangan moral
01:28dan kemenangan Iran ke atas Amerika dan juga Israel yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kuasa sebelum daripada ini
01:37jadi Iran mengambil peluang itu dan kedudukan itu untuk memastikan bahawa mereka berada di pihak yang lebih atas
01:45yang lebih tinggi daripada Amerika sehingga akhirnya kalau kita lihat dalam MOU itu disebutkan
01:50tidak dibincangkan tentang penyediaan pengkayaan nuklear itu pun satu hal
01:55yang kedua tidak dibincangkan juga tentang kilang-kilang senjata yang wujud
02:00di dalam negara Iran itu tidak disebutkan di dalam MOU dan ini juga merupakan satu kemenangan
02:06pihak Iran jika nak dibandingkan dengan siri-siri penjanjian damai yang telah diteroka sebelum daripada ini
Comments

Recommended