00:00Sesebuah negara akan menanggung malang jika dipimpin oleh pemimpin yang bertindak secara impulsif dan melulu mengikut emosi,
00:08dan timbalan yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah.
00:12Baginda bertitah tindakan pemimpin yang melatah dan terburu-buru tanpa berfikir panjang,
00:17demi kepentingan jangka pendek hanya akan membawa kerosakan yang akhirnya terpaksa ditanggung rakyat.
00:23Mengulas lanjut, Sultan Nazrin mengambil contoh peristiwa hijrah yang menunjukkan pentingnya perancangan strategik,
00:30termasuk tindakan Rasulullah SAW melanti Abdullah bin Uraikid sebagai pemandu jalan walaupun beliau bukan beragama Islam kerana sifat amanah dan
00:40kepakarannya.
00:41Menurut baginda peristiwa itu membuktikan Islam mengiktiraf kepakaran, integriti dan amanah tanpa prejudis terhadap latar belakang agama,
00:50selagi ia tidak memudaratkan umat Islam.
00:53Sultan Nazrin nak turut menegaskan umat yang hebat bukan sekadar berbangga dengan sejarah kejayaan,
00:58sebaliknya mereka yang mengambil pengajaran daripadanya untuk membina masa depan yang lebih cemerlang.
Comments