Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata langkah penguatkuasaan bersepadu itu merangkumi pemantauan terhadap siri ceramah fizikal serta penyebaran kandungan digital menerusi pelbagai platform media sosial.
Transcript
00:00Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC, Polis Diraja Malaysia PDRM dan Suruhanjaya Pilihan Raya SPR akan memperkukuh kerjasama bagi memantau
00:12serta menangani sebarang cubaan memainkan sentimen 3R iaitu Raja, Agama dan Kaum sepanjang pilihan raya negeri PRN Johor dan Negeri
00:22Sembilan.
00:25Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fazil berkata langkah penguatkuasaan bersepadu itu merangkumi pemantauan terhadap siri ceramah fizikal serta penyebaran kandungan digital
00:35menerusi pelbagai platform media sosial.
00:38Menurutnya, pembahagian bidang kuasa antara agensi penguatkuasa telah ditetapkan dengan jelas bagi memastikan proses PRN berjalan lancar.
00:46Sekiranya pelanggaran atau kesalahan yang menyentuh isu 3R berlaku secara fizikal sepanjang tempoh berkempen rasmi, tindakan akan diserahkan kepada PDRM
00:56atau SPR.
00:58Malah sebarang provokasi atau kesalahan fizikal yang dikesan sebelum tempoh berkempen bermula pula berada di bawah bidang kuasa penuh PDRM.
01:06Bagi penyebaran kandungan berbau 3R secara dalam talian sama ada menerusi siaran langsung atau rakaman video, Fahmi berkata MCMC akan
01:15mengambil tindakan tegas berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada sekiranya menerima aduan.
01:22PRN Johor akan diadakan pada 11 Julai ini manakala PRN Negeri Sembilan pula pada 1 Ogos depan.
01:28PRN Negeri Sembilan
Comments

Recommended