Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengesahkan akan menggunakan logo Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan, sekali gus menegaskan komitmen parti itu untuk terus kekal dalam gabungan berkenaan.
Transcript
00:00Parti Peribumi Bersatu-Bersatu mengesahkan akan bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional PN pada pilihan raya negeri Johor dan Negeri Sembilan.
00:09Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu menegaskan komitmen Bersatu untuk terus kekal dalam gabungan tersebut.
00:20Beliau menegaskan Bersatu akan terus mempertahankan kedudukannya dalam PN sebagai salah satu parti pengasas gabungan itu.
00:28Saya nak jelaskan juga, ini mungkin umum dah tahu bahawa kita akan bertanding dalam pilihan raya di Johor dan juga
00:37di Negeri Sembilan dengan menggunakan logo Perikatan Nasional.
00:47Kita bincang panjang lebar tadi tentang persiapan.
00:52Saya rasa amat suka cerita di bawah pimpinan Dato' Azmin dan Timbalan Naib-Naib Presiden.
00:58Mulakan kerja-kerja ini agak sudah lama.
01:01Dan telah melawat hampir semua kawasan-kawasan yang kita sudah kenal pasti yang kita akan tandingi.
01:09Dan ini berdasarkan pada perseduan yang lalu.
01:14Kalau kita tak pasti sama ada pihak parti-parti lain nak bertanding, itu soal mereka.
01:20Tapi parti kita telah membuat keputusan beberapa kursi-kursi yang akan dipertandingkan di Johor dan juga di Negeri Sembilan.
01:28Menurutnya, PN telah diterima baik oleh rakyat dan memiliki jirama politik yang kuat.
01:33Muhyiddin turut menegaskan tiada mana-mana pihak boleh menyingkir bersatu daripada gabungan itu secara unilateral kerana sebarang keputusan berkaitan keanggotaan
01:43perlu dibuat secara konsensus mengikut Perlembagaan Perikatan Nasional.
01:47Beliau turut mengumumkan pelancaran jentera pilihan raya bersatu Johor akan diadakan pada 21 Julai di Bakri, Muar selain memperkenalkan sebahagian
01:56calon berprofil tinggi
01:57yang akan mewakili parti itu.
Comments

Recommended