Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Barisan Nasional tidak melihat penubuhan parti politik baharu sebagai ancaman menjelang Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan, sebaliknya kekal memberi tumpuan kepada gerak kerja serta persiapan jentera pilihan raya.
Transcript
00:00Barisan Nasional BN menegaskan penubuhan parti politik baru tidak akan menjejaskan peluang gabungan itu pada pilihan raya negeri PRN, Johor
00:09dan Negeri Sembilan.
00:10Setiausaha agung BN, Dato' Sri Zamri Abdul Qadir berkata, persiapan rapi telah dilakukan bagi menghadapi kedua-dua pilihan raya berkenaan.
00:20Katanya BN dan Abnu Johor kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada gerak kerja di kawasan yang akan ditandingi menjelang pilihan raya
00:28negeri.
00:28Beliau menegaskan dalam setiap demokrasi, setiap pihak mempunyai hak untuk menubuhkan parti politik baru namun ia tidak menggugat strategi serta
00:37kesiapsiagaan BN.
00:39Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kewujudan parti wawasan negara dan parti bersama Malaysia bersama mampu memberi kesan
00:47kepada prestasi BN pada PRN akan datang.
00:51PRN Johor dijaduakan berlangsung pada 11 Julai manakala pilihan raya negeri Sembilan akan diadakan pada 1 Ogos.
00:57Ketika ini BN mengasai 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Johor manakala di negeri Sembilan BN memiliki 14 daripada
01:0636 kerusi.
Comments

Recommended