00:00Baik kita beralih ke perkembangan antarabangsa setelah Hormuz masih ditutup kepada semua kapal walaupun Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendakwa
00:08laluan strategi itu mula menyaksikan pergerakan kapal minyak.
00:11Sumber Iran maklumkan bahawa Tentera Laut Pengawalan Revolusi Iran IRGC tidak mengeluarkan sebarang permit transit dalam tempoh 96 jam lalu
00:19sekaligus mengekalkan penutupan laluan tersebut di pintu masuk dan keluar sehingga diberitahu kelak.
00:27Bagaimanapun data penjejakan kapal menunjukkan sebuah kapal tangki gas asli cecair LNG berjaya melalui selat berkenaan pada Isnin menjadi satu
00:35-satunya kapal tenaga berskala besar yang direkodkan pada hari tersebut.
00:39Perkembangan itu bercanggah dengan kenyataan Trump yang mendakwa kapal membawa minyak kini mula bergerak keluar dari selat Hormuz.
00:46Trump turut menegaskan bahawa pembukaan semula selat itu tidak memerlukan bantuan besar dari luar walaupun beberapa negara G7 menyatakan kesediaan
00:55untuk menyertai misi keselamatan meritim.
00:57Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden Perancis di luar sidang kemuncak G7 di Avian.
01:04Dalam masa sama Perancis dan Britain dilaporkan sedang menyediakan misi Tentera Laut bersama di selat Hormuz dengan sokongan negara lain
01:11termasuk Itali dan Belanda.
01:12Presiden Perancis sebelum ini menyatakan operasi tersebut bertujuan memastikan keselamatan laluan perdagangan termasuk usaha pembersihan periuk api.
01:21Situasi bercanggah ini menunjukkan keadaan di selat Hormuz masih tidak stabil walaupun terdapat perkembangan rundingan damai antara Amerika Syarikat dan
01:30Iran.
Comments