00:00Tiga perlawanan Piala Dunia bakal berlangsung awal pagi esok melibatkan kumpulan G dan H.
00:06Tumpuan utama adalah kepada perlawanan kumpulan G iaitu Belgium menentang Mesir.
00:11Belgium yang dibarisi pemain bintang di klub-klub utama Eropah mahu membuktikan pasukan itu layak berada dalam kuasa elit bola
00:19sepak dunia.
00:20Manakala Mesir pula bukan sahaja mahu mengukuhkan statusnya sebagai antara pasukan dari Afrika yang berjaya,
00:26malah mampu memberikan saingan sengit kepada kuasa bola sepak Eropah.
00:33Pencapaian terbaik The Red Devils dalam Piala Dunia adalah pada edisi 2018 di Rusia apabila Belgium menamatkan kejohanan di tempat
00:41ketiga.
00:42Belgium pada waktu itu dianggap sebagai antara skuad terbaik yang tidak memenangi trofi Piala Dunia.
00:47Kini dengan gandingan pemain generasi emas seperti Kevin de Branagh, Romelu Lukaku, Thibaut Courtois,
00:54Axel Ritzel, Leandro Trossard, Yuri Tilliman serta generasi baharu skuad itu Jeremy Doku,
01:01Charles de Catelada dan Diego Morira, Belgium sudah tentu mahu mencipta sejarah baharu.
01:07Lawanan pertama ini bakal menjadi medan mengukur kekuatan Belgium,
01:11namun lawan yang bakal dihadapi bukan calang-calang.
01:14Kuasa Besar Afrika, Mesir.
01:17The Pharaoh bukan skuad biasa-biasa.
01:20Bintang-bintang utamanya berkelana di Klub Gergasi Eropah,
01:23Mohd Salah, Omar Marmosh sudah tentu menjadi sandaran Mesir.
01:27Mesir juga menampilkan pemain-pemain klubis mereka untuk jangka panjang,
01:31Hamzah Abdul Karim yang ketika ini bersama Barcelona.
01:34Hamzah yang memulakan latihan awal dalam bola sepak di Malaysia bersama FC Kuala Lumpur
01:39sudah tentu mahu mempamerkan aksi terbaik
01:42dan menjadikan pentas Piala Dunia untuk memperkenalkan dirinya sebagai poster boy kepada skuad Mesir untuk tahun-tahun mendatang.
01:51Rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan menyaksikan Mesir menang dua manakala Belgium menang satu perlawanan.
01:57Kali terakhir, kedua-dua pasukan bertemu adalah pada aksi persahabatan pada 18 November 2022 dengan Mesir menang dua satu.
02:07Di atas kertas, Belgium mempunyai semua kelebihan.
02:10Namun, bola sebab sukar diduga.
02:13Yang penting, taktikal yang akan diterapkan.
02:16Pertemuan di Seattle, stadium awal pagi esok akan menentukan momentum kedua-dua pasukan.
02:23Terima kasih telah menonton!
Comments