00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan subsidi sebanyak RM1 juta
00:05bagi menampung kos penyelenggaraan selama 3 tahun untuk 98 keluarga penghuni rumah panjang Bukit Kiara.
00:13Subsidi itu akan mula disalurkan apabila penduduk berpindah dan menduduki kediaman baharu yang pembinaannya bermula hari ini.
00:22Perdana Menteri berkata, dana berkenaan akan disalurkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
00:27selaku pihak yang bertanggungjawab mengurus dan menyelenggara kemudahan perumahan tersebut.
00:32Oleh itu, saya setuju kita kena bantu penduduk di sini.
00:39Bagaimana kita bantu? Kita kena bagi subsidi supaya boleh tampung kos penyelenggaraan.
00:48Sekurang-kurangnya untuk 3 tahun, saya luluskan RM1 juta untuk penduduk-penduduk di sini.
00:56Tambahnya, komitmen kerajaan dalam menyelesaikan isu berkenaan bukan didorong oleh pertimbangan politik
01:02atau musim pilihan raya, sebaliknya berasaskan nilai kemanusiaan, ihsan dan keadilan terhadap rakyat.
01:10Tapi sebagai satu, saya mahu ini sebagai suatu petanda, contoh bagaimana negara ini patut ditadbir.
01:20Jangan rakus. Jangan tak peduli nasib rakyat.
01:26Kita ada kuasa betul.
01:29Dan ini sebab itu saya setuju.
01:31Hanang sebut, kuasa dah berapa puluh tahun.
01:36Sebab itu kuasa itu mesti diletak pada orang yang ada perasaan.
01:41Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucap pertama di Majlis Pecah Tanah Perumahan Kekal
01:46bagi penduduk rumah panjang Bukit Kiara di Kuala Lumpur pada Isnin.
01:50Terima kasih telah menonton!
Comments