Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan 14 pendatang tanpa izin (PATI) warga Myanmar termasuk dua wanita dalam operasi di tebing Sungai Kutan Hilir, Pasir Pekan, Tumpat pada Rabu lalu
Transcript
00:00Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM Kelantan, menahan 14 pendatang tanpa izin parti warga Myanmar, termasuk dua wanita dalam operasi di
00:09tebing Sungai Kutan Hilir, Pasir Pekan, Tumpat pada Rabu lalu.
00:13Pengarah APMM Kelantan, Kapten Maritim Kamal Mohamad berkata, bot berkenaan dikesan hasil risikan menerusi Ops Naga, Ops Damai, Ops Pelantar
00:23Merah dan Ops Tiris yang dijalankan di sekitar perairan Sungai Kelantan.
00:28Kesemua parti berusia antara 16 hingga 36 tahun itu ditahan selepas APMM mengesan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan berhampiran
00:39kampung Kedai Buloh pada jam 9.58 minit malam.
00:42Menurutnya, bot tersebut berjaya meloloskan diri dengan memecut melalui laluan sungai yang sempit dan cetek, selain keadaan gelap yang menyukarkan
00:51bot ronda maritim meneruskan pengejaran.
00:53Susulan itu, pasukan operasi darat maritim digerakkan ke tebing sungai Kutan Hilir bagi memintas pergerakan kumpulan tersebut.
01:02Operasi berkenaan membawa kepada penemuan sembilan parti yang berhimpit di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna MPV berwarna putih,
01:09manakala lima lagi ditemukan bersembunyi di kawasan semak berhampiran tebing sungai.
01:14Pemeriksaan lanjut turut menemukan sebuah beg hitam mengandungi kad pengenalan milik seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun yang dipercayai bertindak
01:24sebagai tekong darat.
01:26Siasatan mendapati lima warga asing terbabit memiliki pasport namun gagal mengemukakan rekod perjalanan sah untuk memasuki negara ini,
01:34manakala selebihnya tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan atau pengenalan diri yang sah.
01:40Kesemua parti dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Kelantan untuk proses dokumentasi sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan bagi tindakan
01:48lanjut
01:48mengikut Akta Immigration 1959 Palang 63.
Comments

Recommended