Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Media kerajaan Iran mendakwa Amerika Syarikat “terpaksa” menandatangani satu persefahaman bagi menamatkan perang dengan Republik Islam Iran dan sekutunya. Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, pula mendakwa persetujuan menamatkan konflik telah dicapai, namun Washington dan Tehran belum mengesahkan secara rasmi butiran akhir perjanjian berkenaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Media Kerajaan Iran mendakwa Amerika Syarikat terpaksa menandatangani satu persepahaman bagi menamatkan perang dengan Republik Islam Iran
00:08serta apa yang dirujuk Tehran sebagai pakatan penentangan di rantau Asia Barat.
00:13Menurut laporan itu, Perdana Menteri Pakistan Syabas Sharif memaklumkan perang melibatkan Amerika Syarikat terhadap Iran
00:20dan sekutunya akan dihentikan secara kekal serta merta di semua medan konflik.
00:25Syabas turut mendakwa persetujuan bagi menamatkan perang antara Washington dan Tehran telah dicapai
00:32namun tidak memperincikan butiran lanjut mengenai kandungan persepahaman tersebut.
00:37Laporan itu hadir ketika rundingan damai antara Amerika Syarikat dan Iran terus dipergiat
00:42termasuk usaha diplomatik melibatkan Qatar bagi memutamatkan perjanjian berkenaan.
00:48Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengusahaan rasmi secara terperinci daripada Washington
00:53maupun Tehran berhubung syarat akhir perjanjian tersebut.
Comments

Recommended