Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Trump berkata serangan Israel di Beirut tidak sepatutnya berlaku ketika perjanjian damai dengan Iran hampir dicapai.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata serangan Israel ke atas pinggir selatan Beirut tidak sepatutnya berlaku.
00:07Dalam hantaran di platform True Social, Trump menyatakan serangan tersebut bertentangan dengan usaha yang sedang dijalankan untuk meredakan konflik di
00:16rantau itu.
00:18Kenyataan Trump itu dibuat selepas perunding utama Iran, Muhammad Bakir Khalibaf mempersoalkan komitmen Amerika Syarikat terhadap usaha damai, susulan serangan
00:27berkenaan.
00:27Muhammad Bakir mendakwa tindakan Israel menunjukkan Washington tidak mempunyai keupayaan atau kemahuan untuk memenuhi komitmennya dalam rundingan.
00:37Serangan tersebut dilaporkan menyasarkan kumpulan Hezbollah yang disokong Iran di selatan Beirut.
00:42Dalam perkembangan sama, sumber maklumkan rundingan damai terus dipergiat dengan wakil Qatar dilaporkan berada di Teheran bagi memuktamadkan perjanjian berkenaan.
00:51Usaha itu dilakukan sehari selepas Amerika Syarikat dan Pakistan menyatakan perjanjian rangka kerja antara Washington dan Teheran dijangka dimeterai dalam
01:00masa terdekat.
01:01Namun, kenyataan bercanggah daripada Iran menimbulkan keraguan terhadap garis masa pemeterayan perjanjian tersebut.
01:07Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended