Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Sepanyol dan Greece cadang larangan media sosial bagi remaja bawah umur bagi lindungi keselamatan digital.
Transcript
00:00Sepanyol dan Gris mencadangkan larangan penggunaan media sosial bagi remaja sebagai langkah memperketat kawalan terhadap platform digital yang disifatkan semakin
00:10berisiko kepada golongan muda.
00:12Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez berkata kerajaan bercadang melarang penggunaan media sosial bagi individu berumur bawah 16 tahun.
00:22Pada masa sama Gris dilaporkan hampir mengumumkan langkah serupa dengan menetapkan hak umur bawah 15 tahun menurut sumber kerajaan.
00:30Jadangan ini mencerminkan perubahan pendirian negara Eropah yang semakin tegas terhadap platform teknologi yang didakwa direka untuk menimbulkan ketagihan serta
00:37mendedahkan kanak-kanak kepada kandungan bahaya.
00:40Beberapa negara lain termasuk United Kingdom dan Perancis turut mempertimbangkan langkah lebih ketat berkaitan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja.
00:48Australia sebelum ini menjadi negara pertama melaksanakan larangan sepenuhnya terhadap penggunaan media sosial bagi kanak-kanak bawah 16 tahun pada
00:56Disember lalu.
00:56Dalam perkembangan berkaitan, Perancis sedang dalam proses meluluskan undang-undang yang melarang pengguna bawah 15 tahun daripada mengakses platform media
01:04sosial.
01:05Sanchez berkata Spanyol telah bekerjasama dengan beberapa negara Eropah lain dalam apa yang dikenali sebagai Coalition of the Digitally Willing
01:13bagi menyelaraskan penguatkuasaan rentas sempadan.
01:16Langkah itu menyusul ketika mana Kesatuan Eropah EU turut melaksanakan Akta Perkhidmatan Digital yang mewajibkan platform mengawal kandungan secara lebih
01:26ketat.
Comments

Recommended