Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menegaskan keutamaan untuk menamatkan perang di Ukraine secara mampan dengan menghormati kedaulatan wilayah negara itu, di tengah-tengah dakwaan berterusan mengenai punca konflik. Dalam masa sama, laporan PBB menunjukkan korban awam meningkat ketara pada Mei, dengan ratusan maut dan cedera.
Transcript
00:00Baik, fokus utama pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB ketika ini adalah untuk menamatkan perang di Ukraine dengan menghormati kedaulatan wilayah
00:09negara itu dan bukannya memperdebatkan dawaan mengenai punca konflik tersebut.
00:14Menurut jurucakapnya, Stefan Dujari, keutamaan PBB adalah untuk memastikan pengakhiran perang yang berkekalan selari dengan prinsip menghormati integriti wilayah Ukraine
00:25serta mematuhi resolusi berkaitan yang diluluskan oleh Perhimpunan Agong dan Majlis Keselamatan PBB.
00:52Perhimpunan Agong dan Majlis Keselamatan PBB berkata demikian sebagai maklum balas
01:13terhadap dawaan terbaru Presiden Rusia, Vladimir Putin yang menyatakan bahawa pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara NATO telah mencetuskan peperangan tersebut.
01:21Malah Putin turut mendakwa Rusia tidak memulakan permusuhan menerusi apa yang digelanya sebagai operasi ketenteraan khas.
01:28Perang Rusia-Ukraine kini telah memasuki tahun ke-5 sejak ia bermula pada Februari 2022.
Comments

Recommended