Skip to playerSkip to main content
  • 21 hours ago
KPDN menyahaktifkan 179 syarikat daripada eCOSS kerana pelanggaran syarat, termasuk jualan mencurigakan dan kepada warga asing, bagi memastikan subsidi minyak masak peket sampai kepada golongan sasar.
Transcript
00:00Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarihidup KPDN bertindak menyahaktifkan 179 syarikat daripada Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak atau
00:12ECOS
00:12selepas didapati melanggar syarat dan peraturan ditetapkan dalam usaha memastikan subsidi minyak masak paket bersubsidi sampai kepada golongan sasak.
00:23Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarihidup, Dato' Dr. Fuzia Saleh, pihaknya terus memperkukuh usaha memastikan subsidi minyak
00:32masak dinikmati rakyat Malaysia
00:34yang layak menerusi pelaksanaan ECOS yang menjadi instrumen utama pemantauan pengedaran minyak masak paket bersubsidi 1kg.
00:46Beliau berkata antara kesalahan yang dikenalpasti membabitkan syarikat yang dinyah aktifkan itu termasuk tidak mematuhi had kuantiti penyimpanan dibenarkan,
00:57membuat jualan melebihi had ditetapkan, menjual minyak masak bersubsidi kepada bukan warga negara,
01:03beroperasi menggunakan lesen tamat tempoh serta mempunyai nisbah belian dan jualan yang meragukan.
01:09KPDN turut mempertingkatkan penguatkuasaan bagi membantra sebarang cubaan menyeleweng subsidi yang diperuntukkan kerajaan,
01:17termasuk dawaan penyalahgunaan identiti atau mycard oleh warga asing untuk pembelian minyak masak bersubsidi seperti yang tular di media sosial.
01:28Pelbagai aduan, maklum balas dan cadangan diterima berkaitan sistem berkenaan sejak diperkenalkan dengan sebanyak 13,354 aduan
01:38dan maklum balas direkodkan pada 2024, diikuti 5,320 aduan pada 2025 selepas aplikasi mobile e-cost diperkenalkan.
01:50Beliau berkata bagi 2026 sehingga kini sebanyak 9,050 aduan dan maklum balas telah direkodkan,
01:58selari dengan peningkatan jumlah pengguna yang kini melebihi 5.01 juta orang.
02:03Sistem e-cost membolehkan pemantauan transaksi dilakukan secara lebih menyeluruh melibatkan keseluruhan rantaian bekalan
02:12bermula daripada kilang penapisan, syarikat pembekusan, pemborong, peruncit sehingga pengguna.
Comments

Recommended