Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
KDN dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan program itu diwujudkan bagi membolehkan kerajaan memperoleh data biometrik dan maklumat identiti lebih tepat, lengkap dan boleh disahkan mengenai individu yang berada dalam kategori pelarian.
Transcript
00:00Kementerian Dalam Negeri KDN menerusi Jabatan Imigresen, GIM, sedang melaksanakan program dokumen penaftaran pelarian DPP
00:07bagi mengurus isu gelongan itu secara tersusun selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara No. 23, Semakan 2023.
00:16KDN dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan program itu diwujudkan bagi membolehkan kerajaan memperoleh data biometrik
00:23dan maklumat identiti lebih tepat, lengkap dan boleh disahkan mengenai individu yang berada dalam kategori pelarian.
00:32Data ini penting bagi memperkukuh keselamatan negara, meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan
00:38dan membantu kerajaan berangka dasar yang lebih berasaskan fakta serta keadaan sebenar di lapangan.
00:44Usaha itu bukan bertujuan memberikan ke warga negaraan taraf pemastautin tetap atau hak untuk menetap secara kekal di Malaysia.
00:51Malah, status mereka kekal tertakluk kepada mekanisme sedia ada, termasuk proses penempatan semula ke negara ketiga yang diuruskan melalui saluran
01:00berkaitan.
01:01Selain aspek keselamatan, data tepat juga penting bagi membolehkan kerajaan merangka dasar lebih teratur dan terkawal
01:07berhubung pengurusan pelarian yang berada dalam negara.
01:11Menurut KDN, jika pelarian yang memenuhi syarat tertentu diberikan akses kepada peluang pekerjaan yang sah,
01:17pelaksanaannya akan tertakluk kepada dasar dan kawalan ditetapkan kerajaan.
01:21Pendekatan ini bukan bertujuan menambah jumlah warga asing dalam pasaran pekerjaan negara,
01:27sebaliknya mengurangkan kebergantungan kepada kemasukan pekerja asing baharu
01:31serta memenuhi keperluan sektor tertentu yang berdepan kekurangan tenaga kerja.
01:36Selain itu, KDN menjelaskan sektor profesional dan pekerjaan berkemahiran tinggi kekal tertakluk kepada syarat,
01:42peraturan dan proses penilaian yang ketat oleh kementerian serta agensi kawal selia yang berkaitan.
01:48Memahami kebimbangan rakyat ketika ini tertumpu kepada komuniti Rohingya,
01:53yang merupakan antara kumpulan pelarian terbesar di Malaysia,
01:56KDN memaklumkan status pelarian tidak memberikan kekebalan daripada Undang-Undang Malaysia.
Comments

Recommended