Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Usaha penempatan semula mangsa kebakaran Kampung Bahagia masih diteliti dengan mengambil kira kawasan, jarak dan kemudahan asas.
Transcript
00:00Usaha menempatkan semula mangsa kebakaran Kampung Bahagia Sandakan masih dalam peringkat perancangan.
00:06Presiden Majlis Pembandaran Sandakan, Dato' Walter Kanson berkata,
00:10pihaknya sedang meneliti pendekatan terbaik dengan mengambil kira ketersediaan kawasan, jarak dan kemudahan asas.
00:20Menurut Walter, perancangan itu penting bagi memastikan penduduk dapat ditempatkan di kawasan yang lebih sesuai dan selamat.
00:27Buat masa ini kita telah merancang tentang pendekatan yang terbaik, yang mengambil kira aspek availability kawasan, jarak dan juga kemudahan
00:46asas.
00:47Untuk kita tempatkan semula tempat yang sesuai sebab ini merupakan kampung yang telah tradisional ataupun kampung pendempatan yang telah lama
01:02wujud
01:02dan kita akan bantu untuk susun semula dan juga tempatkan di depan Indonesia.
01:10Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Mangsa Kebakaran Kampung Bahagia Sandakan pada Jumaat.
01:17Dalam Majlis Berkenaan, 280 ketua isi rumah menerima bantuan hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri, agensi kerajaan, syarikat berkaitan
01:28kerajaan, badan korporat serta pertubuhan bukan kerajaan.
01:32Sementara itu, sebahagian mangsa yang masih tinggal di kemah dan kanopi berdekatan kawasan kebakaran
01:37berharap dapat kembali menetap di tapak kampung bahagia sekiranya kawasan itu dibangunkan semula dengan perancangan yang lebih teratur.
01:46Kekimah-kekimah sekarang memang ada lagi hampir 200 lebih orang.
01:52Jadi itu pun kita ada cari jalan macam mana mereka kita akan pindahkan macam bikin rumah kecil-kecil.
01:59Kekimah mungkin tidak tahan sebab angin, hujan lebat, itu yang kadang-kadang orang tidak selesai daripada.
02:10Kalau diikutkan semua orang kampung, mereka mahu tinggal semua di sana.
02:15Tapi kalau mungkin ikutkan kerajaan, mereka tempatkan sebab kalau kerajaan mahu kan yang dia berjarak-jarakan.
02:23Dia tidak mahu yang berdekatan macam dulu, macam dulu rapat-rapat sebab itulah banyak yang terbakar.
02:33Kebakaran kampung bahagia pada April lalu menjejaskan lebih 9,000 penduduk selepas kira-kira seribu rumah musnah
02:40dalam kejadian yang disifatkan antara kebakaran terbesar pernah berlaku di Sabah.

Recommended