00:00Perak meneruskan prestasi pelaburan memberansangkan apabila merekodkan pelaburan diluluskan berjumlah RM1.76 bilion bagi suku pertama tahun ini.
00:10Angka yang dikeluarkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri MITI serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia Maida itu menunjukkan peningkatan hampir 24
00:19% berbanding tempoh sama tahun lalu.
00:24Menteri Besar Perak Datuk Seri Sadrani Muhammad berkata pencapaian tersebut membuktikan keyakinan berterusan pelabur terhadap kestabilan negeri, keberkesanan dasar kerajaan
00:34serta hala tuju pembangunan di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030.
00:38Menurut beliau, setiap pelaburan yang berjaya dibawa masuk bukan sahaja merangsang pertumbuhan ekonomi negeri, malah membuka peluang pekerjaan, mengukuhkan ekonomi
00:46setempat dan memberi lebih banyak peluang kepada anak-anak Perak membina masa depan di negeri sendiri.
00:52Berdasarkan laporan MITI dan Maida, jumlah pelaburan yang diluluskan bagi tempoh Januari hingga Mac 2026 meningkat sebanyak RM340 juta berbanding
01:02RM1.42 bilion yang direkodkan pada suku pertama tahun lalu.
01:07Daripada jumlah itu, sektor pembuatan menyumbang RM946.7 juta, manakala sektor perkhidmatan merekodkan RM818.3 juta, sekaligus kekal menjadi pemaju
01:19utama pertumbuhan pelaburan negeri.
01:21Sebanyak 98 projek pelaburan turut diluluskan sepanjang tempoh tersebut, melibatkan pelbagai sektor ekonomi yang dijangka menyumbang kepada pertumbuhan industri serta
01:30perwujudan peluang pekerjaan baharu.
01:32Prestasi itu meneruskan pencapaian memberangsangkan Perak pada tahun lalu apabila negeri berkenaan merekodkan pelaburan diluluskan berjumlah RM15.76 bilion menerusi
01:43560 projek.
01:45Kerajaan negeri sebelum ini turut memberi tumpuan kepada pembangunan kawasan pertumbuhan strategik, penyediaan infrastruktur sokongan serta pembangunan modal insan bagi
01:54memenuhi keperluan industri bernilai tinggi.
01:57Terima kasih telah menonton!
01:58Terima kasih telah menonton!
Comments