Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Inventori minyak sawit Malaysia meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh lima bulan pada Mei 2026 susulan kemerosotan eksport, namun prospek harga minyak sawit mentah kekal positif didorong permintaan global dan dasar biodiesel Indonesia.
Transcript
00:00Simpanan minyak sawit Malaysia meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh lima bulan pada Mei 2026 sesudah kejatuhan ketara ekspor komoditi
00:09itu.
00:09Bagaimanapun firma penelidikan Philip Capital berpandangan prospek harga minyak sawit mentah kekal positif dalam jangka sederhana.
00:18Firma itu melaporkan inventori minyak sawit Malaysia meningkat 5.1% bulan ke bulan kepada 2.43 juta tan metrik
00:27pada Mei 2026.
00:29Peningkatan itu berlaku apabila ekspor minyak sawit menyusut kira-kira 14.5% kepada 1.11 juta tan metrik iaitu
00:38paras terendah dalam tempoh setahun.
00:41Menurut firma penelidikan itu, inventori yang tinggi tidak menjejaskan prospek positif harga minyak sawit mentah kerana Indonesia terus memberi tumpuan
00:49kepada dasar penggunaan biodiesel domestik.
00:51Perbincangan berhubung mekanisme pemusatan ekspor di negara jiran itu turut menambah ketidaktentuan dalam aliran perdagangan minyak sawit serantau.
00:59Sehubungan itu, Philip Capital menaikkan unjuran purata harga minyak sawit mentah kepada RM4,350 satu tan bagi 2026 dan RM4
01:08,400 satu tan bagi 2027.
01:11Harga komoditi itu dijangka terus disokong oleh permintaan global terhadap minyak boleh dimakan, peningkatan penggunaan biodiesel serta gangguan bekalan akibat
01:21faktor cuaca dan ketegangan geopolitik.
01:23Pada Mei lalu, harga purata minyak sawit mentah tempatan susut 1.5% kepada RM4,498.50 satu tan namun
01:33masih 15.9% lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Comments

Recommended