00:00PAS berpeluang memenangi lebih banyak kerusi campuran jika pengundi bukan Melayu memilih untuk memprotes dengan tidak keluar mengundi, menurut penganalisis
00:10politik.
00:11Pakar Sains Politik Wong Chin Huat berkata, situasi itu boleh berlaku kerana penyokong tegar PAS dikenali mempunyai disiplin tinggi untuk
00:20keluar mengundi pada hari pilihan raya.
00:23Menurutnya, kadar keluar mengundi yang rendah dalam kalangan pengundi bukan Melayu berpotensi memberi kelebihan kepada PAS di kawasan yang mempunyai
00:31komposisi pengundi bercampur.
00:34Beliau berkata persepsi ancaman terhadap PAS dalam kalangan penyokong Pakatan Harapan juga dilihat semakin berkurangan berbanding beberapa tahun lalu, susulan
00:44rasa tidak puas hati terhadap beberapa dasar kerajaan.
00:48Sementara itu, penganalisis Azmil Taib berpandangan PAS tidak mampu membentuk kerajaan persekutuan secara bersendirian dan masih memerlukan sokongan parti-parti
00:59dari Sabah dan Sarawak untuk keputerajaya.
01:01Khadijah Juno, FMT