00:00Seorang wanita didenda RM2,800 oleh Mahkamah Magistrit Aikeroh pada Isnin selepas mengaku bersalah menyebarkan gambar dan video lucah yang
00:08membabitkan bekas suaminya bersama seorang wanita lain pada Desember tahun lalu.
00:13Tertuduh Puteri Nur Fatimah Isak, 25 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistrit Nur Afiqah Radiyah Zainurin.
00:22Mengikut pertuduhan, wanita itu didapati memiliki video dan gambar lucah yang disimpan dalam sebuah telefon bimbit jenis iPhone.
00:30Perbuatan itu dilakukan di tepi Jalan Air Keruh Lama dalam daerah Melaka Tengah pada jam 4 petang 11 Januari 2026.
00:38Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
00:43Berdasarkan fakta kes, pada Desember tahun lalu, pengadu menerima satu rakaman video daripada kakaknya yang dihantar menggunakan nombor telefon dipercayai
00:52milik tertuduh.
00:53Video tersebut didakwa memaparkan rakaman pengadu melakukan hubungan seks dengan bekas suami wanita berkenaan, dipercayai dirakam tanpa pengetahuan atau persetujuannya.
01:03Tertuduh juga didakwa telah menyebarkan video berkenaan kepada beberapa ahli keluarga terdekat pengadu.
01:08Pengadu kemudian membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati serta berasa teraniaya dengan tindakan wanita tersebut.
01:15Tertuduh didenda sebanyak RM2,800 atau penjara 6 bulan gagal membayar denda dan mahkamah memerintahkan barang kes dilupuskan.
Comments