00:00Teruskan dengan laporan global, peperiksaan kemasukan Universiti Kebangsaan China yang turut dikenali sebagai Gaokao bermula di seluruh negara itu pada
00:08had.
00:08Seramai 12.9 juta pelajar menduduki peperiksaan kemasukan Universiti Kebangsaan tahun ini sedikit menurun berbanding 13.35 juta calon pada
00:17tahun lalu.
00:20Kementerian Pendidikan China memaklumkan pihak berkuasa tempatan telah memperkukuhkan prosedur standar dalam aspek keselamatan kertas peperiksaan, pengangkutan dan penyimpanan, pengendalian
00:31peperiksaan, ujian pendengaran serta proses permakahan dan penilaian.
00:36Pemeriksaan keselamatan menyeluruh juga telah dijalankan di kemudahan utama dan pusat peperiksaan.
00:42Selain itu, pelan kontijensi bagi menghadapi bencana geologi dan cuaca ekstrim telah dipertingkatkan bagi memperkukuh keupayaan tindak balas kecemasan.
00:52Kementerian turut memaklumkan kempen khas akan dilancarkan bagi membantras penjualan peranti untuk menipu peperiksaan, penyamaran calon serta amalan tidak teratur
01:02oleh institusi persediaan dan latihan pemeriksaan.
Comments