00:00Beberapa serangan udara dilaporkan berlaku di selatan Lubnan pada Sabtu dengan letupan dapat dilihat dari kawasan Marjayun yang menyasarkan beberapa
00:09lokasi berbeza.
00:11Tentera Lubnan mengaklumkan dua pegawai tentera dan seorang anggota terbunuh selepas sebuah kenderaan tentera menjadi sasaran serangan Israel di jalan
00:20Kardali Nabati, selatan negara itu.
00:23Dalam kenyataan berasingan, tentera Israel mengesahkan serangan tersebut.
00:26Ia dengan mendakwa kenderaan berkenaan dikena pasti sebagai ancaman kepada pasukannya.
00:31Israel turut mendakwa menerima maklumat bahawa Hezbollah sedang membuat persiapan untuk melancarkan serangan terhadap tenteranya dari kawasan terbabit.
00:39Menurut tentera Israel, siasatan awam mendapati dua pegawai dan seorang anggota tentera Lubnan berada di dalam kenderaan tersebut ketika serangan
00:47berlaku.
00:47Setakat ini, tentera Lubnan sebahagian besarnya tidak terlibat dalam pertempuran antara Hezbollah dan Israel serta tidak mengambil bahagian dalam konflik
00:55semasa.
Comments