Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Tentera AS menembak jatuh dua dron Iran yang dikenal pasti mengancam perkapalan di Selat Hormuz, menurut CENTCOM. Insiden berlaku ketika ketegangan kedua-dua negara berterusan meskipun rundingan tidak langsung sedang dijalankan.
Transcript
00:00Pasukan tentera AS menembak jatuh dua drone serangan satu hala milik Iran yang didakwa mengancam keselamatan perkapalan antarabangsa di Selat
00:09Hormuz.
00:10Komando Pusat AS Sankom dalam kenyataan yang disiarkan di platform Media Social X berkata pihak tentera berkata kedua-dua drone
00:18itu dikesan sebagai ancaman kepada laluan perdagangan maritim di kawasan berkenaan sebelum ia berjaya dipintas.
00:24Tegasnya pasukan AS kekal berada dalam keadaan siap-siaga dan bersedia untuk terus mempertahankan diri daripada tindakan agresif Iran.
00:33Ketegangan antara AS dan Iran masih berterusan ketika kedua-dua pihak dilaporkan terlibat dalam rundingan tidak langsung bagi mencapai perjanjian
00:42sementara untuk meredakan konflik yang sudah berlarutan selama tiga bulan.
00:45Perbincangan itu antara lain menyentuh isu program nuklear Iran namun tiada persetujuan muktamad dicapai setakat ini dengan beberapa insiden ketenteraan
00:54kecil terus berlaku dari semasa ke semasa di rantau berkenaan.
Comments

Recommended