Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Polis Diraja Malaysia memberi jaminan keadaan keselamatan dan ketenteraman awam di Negeri Sembilan kekal terkawal susulan kehadiran orang ramai di kawasan pintu masuk Balai Rasmi Tunku Besar Tampin, dengan pemantauan rapi terus dijalankan di lokasi.
Transcript
00:00Polis Diraja Malaysia memberi jaminan keadaan keselamatan dan ketenteraan awam di Negeri Sembilan kekal terkawal.
00:07Susulan kehadiran orang ramai di kawasan pintu masuk balai rasmi Tunku Besar Tampin pada Jumaat.
00:13Ketua Polis Negeri Sembilan Dato' Al-Zafni Ahmad menegaskan kehadiran anggota di lokasi adalah bagi memastikan keselamatan awam dan pematuhan
00:21undang-undang tanpa memihak kepada mana-mana pihak.
00:25Jelasnya menerusi satu kenyataan penguasaan anggota dan pegawai polis diaturkan di lokasi bagi melaksanakan kawalan keselamatan serta pemantauan rapi untuk
00:35memastikan keadaan sentiasa terkawal.
00:38Menurut beliau langkah itu dilaksanakan selaras dengan tanggungjawab PDRM di bawah Seksyen 21 Akta Polis 1967 bagi memelihara keamanan, keselamatan
00:49dan mencegah sebarang pelanggaran undang-undang.
00:51Beliau berkata PDRM turut menerima satu salinan perintah mahkamah berkaitan perkara tersebut pada Jumaat dan akan terus menghormati proses perundangan
01:00yang sedang berjalan.
01:02Beliau turut menasihati orang ramai mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengganggu ketenteraan awam atau proses
01:10yang sedang berlangsung.
Comments

Recommended