Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Putin dakwa perdagangan global dominasi Barat semakin goyah, BRICS kini mendahului G7 ketika dunia beralih kepada susunan ekonomi baharu.
Transcript
00:00Presiden Rusia Vladimir Putin mendakwa sistem perdagangan global yang sekian lama didominasi Barat kini semakin goyah ketika negara-negara membangun
00:08khususnya blok BRICS muncul sebagai peneraju baru ekonomi dunia.
00:12Berucap di Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg SPIF 2026, Putin berkata peralihan ini menandakan perubahan besar dalam struktur ekonomi global
00:21dengan pengaruh negara Barat semakin mengecil berbanding ekonomi sedang pesat membangun.
00:37Beliau menegaskan blok BRICS kini mengatasi kumpulan G7 dari segi saiz ekonomi dengan sumbangan sekitar 40% kepada keluaran global
00:46dan jurang itu dijangka terus melebar.
00:48Menurut Putin, perubahan ini berlaku susulan peralihan daripada sistem ekonomi lama yang tertumpu kepada kuasa tertentu kepada susunan baharu yang
00:57lebih terbuka dan melibatkan lebih banyak negara membangun.
01:01Dalam masa sama, beliau mengkritik sekatan Barat terhadap Rusia termasuk pembekuan aset negara itu yang menurutnya telah menjejaskan kepercayaan terhadap
01:10sistem kewangan antarabangsa serta mata wang utama seperti dolar dan euro.
01:15Putin menegaskan Rusia kini memperkukuh hubungan ekonomi dengan negara global selatan termasuk China, India dan rakan BRICS lain selain membangunkan
01:24sistem kewangan alternatif yang kurang bergantung kepada Barat.
01:28SPIEF 2026 berlangsung dari 3 hingga 6 Jun di St. Petersburg menghimpunkan lebih 130 negara untuk membincangkan hala tuju ekonomi
01:38global di tengah perubahan geopolitik yang semakin ketara.
Comments

Recommended