Skip to playerSkip to main content
Penjaga rumah kebajikan lampias nafsu pada lima budak dijel 36 tahun, enam sebatan

Perbuatan jijik seorang penjaga rumah kebajikan kanak-kanak melampias nafsu terhadap lima kanak-kanak lelaki berumur lapan hingga 13 tahun akhirnya menerima pembalasan, apabila Mahkamah Sesyen Ampang pada Khamis, menjatuhinya hukuman penjara 36 tahun dan enam sebatan.

Retna Velu, 25, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dibaca dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim, Ho Kwong Chin.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/782413/berita/semasa/penjaga-rumah-kebajikan-lampias-nafsu-pada-lima-budak-dijel-36-tahun-enam-sebatan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perbuatan jijik seorang penjaga rumah kebajikan kanak-kanak melampias nafsu terhadap lima kanak-kanak lelaki berumur 8 hingga 13 tahun
00:09akhirnya menerima pembalasan apabila mahkamah Session Ampang pada Kamis menjatuhinya hukuman penjara 36 tahun dan 6 sebatan.
00:19Retna Velu, 25 tahun, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dibaca dalam bahasa Tamil dihadapan hakim
00:27Ho Kuang Chin.
00:28Bagi setiap tiga kes yang merangkumi tiga pertuduhan, lelaki itu dihukum penjara 5 sehingga 12 tahun bermula tarikh tangkap 3
00:37April lalu.
00:38Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan secara berasingan menjadikan hukuman yang perlu dihadapi tertuduh ialah sebanyak 36 tahun termasuk sebatan
00:47itu.
00:47Bagi sembilan pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap lima mangsa itu di sebuah pusat jagaan
00:56kanak-kanak pertubuhan kebajikan di Batu Caves, Gombak antara November 2025 dan Mac lalu.
01:02Mengikut fakta kes, perbuatan terkutuk itu terbongkar selepas beberapa penghuni pusat jagaan kanak-kanak itu mendedahkan kejadian yang menimpa mereka
01:10kepada pertubuhan kebangkitan tiga tangan selangor.
01:14Siasatan mendapati, mangsa dikejutkan daripada tidur lalu tertuduh melakukan perbuatan tersebut dalam beberapa kejadian berasingan di bilik, tandas dan dapur.
01:22Mangsa juga didakwa diugut supaya tidak mendedahkan kejadian itu kepada sesiapa kerana bimbang dimarahi atau dipukul.
01:30Pemeriksaan di Hospital Selayang kemudian mendapati terdapat kesan kecederaan serta koyakkan lama dan baharu di dubur mangsa sebelum tertuduh ditahan
01:38polis pada 3 April lalu.
01:40Pada 21 Mei lalu, tertuduh dihukum penjara 11 tahun dan 5 sebatan oleh Mahkamah Session Ampang selepas mengaku bersalah atas
01:48enam kes amang seksual fizikal, bukan fizikal dan persetubuhan luar tabi'i
01:52terhadap dua kanak-kanak lelaki berumur 8 dan 10 tahun.
Comments

Recommended