Skip to playerSkip to main content
Pelaburan emas jadi tumpuan susulan penurunan harga semasa

Penurunan harga emas semasa dilihat membuka peluang kepada lebih ramai pelabur untuk menambah pegangan logam berharga itu terutama dalam kalangan penyimpan emas yang menunggu masa sesuai untuk membeli pada harga lebih rendah, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Usahawan pelaburan emas, Datuk Yahanis Yahya berkata, golongan pelabur berpengalaman lazimnya akan mengambil kesempatan ketika harga emas turun bagi meningkatkan simpanan mereka dalam kuantiti yang besar.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/781996/bisnes/pelaburan-emas-jadi-tumpuan-susulan-penurunan-harga-semasa

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Emas #HargaEmas #Pelaburan

Category

🗞
News
Transcript
00:01Penurunan harga emas semasa dilihat membuka peluang kepada lebih ramai pelabur untuk menambah pegangan logam berharga itu
00:09Usahawan pelaburan emas Dato' Ihani Syahya berkata pelabur berpengalaman lazimnya akan menunggu harga turun sebelum membeli dalam kuantiti besar bagi
00:18mendapatkan nilai yang lebih baik
00:19Walaupun harga emas kini lebih rendah berbanding paras tertinggi yang dicatatkan pada April lalu, tren yang kepanjang masih menunjukkan peningkatan
00:27yang positif
00:28Menurutnya pelaburan emas kekal relevan sebagai instrumen simpanan jaga panjang yang berpotensi meningkatkan nilai aset
00:36Untuk pelaburan emas dengan harga yang turun sekarang ini adalah masa yang terbaik bagi mereka yang berminat untuk menyimpan duit
00:47dalam bentuk emas
00:48Kerana pernah satu ketiga harga melebihi RM700 satu gram
00:54Tapi sekarang dia bermain di sekitar RM600 satu gram
00:58So ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin menyimpan emas dengan harga yang sedang tren menurun waktu ini
01:08Sangat penting untuk simpan emas kerana emas ini kalis inflasi
01:13Kalau harga barang naik, nilai duit akan berkurang
01:17Tapi kalau kita simpan emas, emas ini akan protek kita punya nilai uang kita
Comments

Recommended