00:00Baik, Amerika Syarikat menegaskan tidak akan membenarkan sebarang kes Ebola memasuki negara itu susulan peningkatan kes wabak di Afrika Tengah.
00:09Setiausaha negaranya, Marco Rubio berkata, kerajaannya tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan kesihatan awam dan akan meningkatkan segala kesabsaagaan bagi
00:18mengekang wabak itu.
00:21Rubio berkata, beberapa agisi kerajaan termasuk Jabatan Negara, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit CDC, Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia HHS
00:30sedang bekerjasama mempergiat usaha membendung wabak di negara asalnya, khususnya Republik Demokratik Kongo DRC.
00:38Langkah ini termasuk meningkatkan bantuan antarabangsa bagi menghentikan penularan di peringkat awal sebelum ia merebak lebih luas.
00:45Sebagai langkah kawalan, CDC telah mengenakan sekatan kemasukan selama 30 hari ke atas individu yang berada di Kongo, Uganda dan
00:54Sudan Selatan dalam tempoh 21 hari sebelum ketibaan.
00:57Langkah itu turut melibatkan pemegang kap penduduk tetap.
01:01Selain itu, seringan kesihatan turut dijalankan di tiga lapangan terbang utama AS bagi penumpang dari negara terlibat.
01:07Wabak Ebola di Rantau Afrika Tengah dilaporkan telah menyebabkan lebih 220 kematian dan sekitar 900 kes disyaki.
01:15Washington menekankan strategi utama adalah membendung wabak di lokasi asal, mengelakkan import kes dan memastikan kesiap-siagaan dalam negara.
01:23selamat menikmati.
01:25selamat menikmati.
Comments