00:00Ahli Majlis Gerja Tertinggi UMNO, Puat Zarkashi, menolak dawaan bersatu kekal penting kepada Perikatan Nasional atau PN dalam menarik minat
00:09pengundi.
00:10Menurut Puat, bersatu sudah hilang daya tarikan, terutamanya selepas Presiden Muhyiddin Yassin berpecah dengan bekas pengerusi yang juga bekas Perdana
00:19Menteri, Dr Mahathir Mohamad.
00:21Dalam satu hantaran di Facebook, Puat berkata, bersatu kini banyak bergantung kepada PAS tetapi dengan perselisihan yang makin meruncing antara
00:31bersatu dan PAS menjadikan magnet pada bersatu lemah dan tidak melekat kukuh.
00:36Tambahnya lagi jika bersatu benar-benar masih menjadi sebuah parti menarik, bekas timbalan Presiden Hamzah Zainuddin dan beberapa pemimpin lain
00:45yang sehaluan dengannya tidak akan menentang kepimpinan parti itu.
00:49Puat mengulas kenyataan Ketua Bersatu Terengganu, Razali Idris yang berpandangan Bersatu dan PAS masih saling melengkapi, terutama dalam menarik pengundi
01:00atas pagar, profesional dan golongan muda.
01:03Kenyataan itu muncul ketika PAS sedang menilai semula hubungannya dengan Bersatu menjelang PRU akan datang termasuk kemungkinan bergerak tanpa parti
01:13pimpinan Muhyiddin itu.
Comments