00:00Seorang rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam insiden runtuhan sebuah bangunan di Bandar Angeles di Filipina semalam.
00:07Kematian dipercayai berpunca yang kurang ditimpa serpihan runtuhan dalam kejadian itu.
00:15Menurut laporan Biro Perlindungan Kebakaran, ketika kejadian mangsa dipercayai berada di sebuah hotel pangsepuri
00:23yang terletak berhampiran lokasi dan bangunan tersebut runtuh secara tiba-tiba.
00:28Insiden itu telah mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang setakat ini termasuk mangsa warga negara Malaysia tersebut.
00:36Tiga lagi mangsa dilaporkan ditemukan meninggal dunia di bawah timbunan runtuhan selepas operasi pencarian dijalankan.
00:43Pihak berkuasa masih giat menjalankan usaha mencari dan menyelamat bagi mengesan sekurang-kurangnya 17 individu lain yang masih hilang.
00:52Setakat petangahat operasi berkenaan berjaya menyelamatkan 26 orang mangsa daripada lokasi kejadian.
01:00Daripada jumlah itu, 24 orang diselamatkan dari bangunan yang runtuh, manakala dua lagi berjaya dikeluarkan dari hotel pangsepuri berhampiran.
01:09Agensi Berita Filipina PNA melaporkan bahawa Polis Kebangsaan Filipina telah menggerakkan anggota serta pasukan tindak balas kecemasan bagi membantu operasi
01:21menyelamat.
01:21Ketua Polis Kebangsaan Filipina, General Jose Melencio Nartates memaklumkan pihak polis turut terlibat dalam siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian.
01:34Bangunan sembilan tingkat yang masih dalam pembinaan di wilayah Pemkangga itu dilaporkan runtuh secara mengejut tanpa amaran awal.
01:43Sementara itu, Kementerian Luar Malaysia mengesahkan bahawa dua rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tersebut dengan seorang daripadanya disahkan terselamat.
Comments