00:00Seramai 1,933 kanak-kanak disenaraikan sebagai hilang di Jerman pada tahun 2026 setakat 1 Mei.
00:08Menurut data Pejabat Polis Jenayah Persekutuan BKA, angka itu meningkat sedikit berbanding 1,810 kes pada tempoh sama tahun lalu.
00:17Statistik itu dikongsikan menjelang hari kanak-kanak hilang antarabangsa pada 25 Mei.
00:26Jelas BKA, angka itu merangkumi kes kehilangan baru serta sebahagian kecil kes yang masih belum diselesaikan sejak beberapa tahun lalu.
00:35Menurut BKA, kebanyakan kes kehilangan kanak-kanak melibatkan penculikan oleh ibu bapa, kejadian melarikan diri atau pelarian bawah umur tanpa
00:45penjaga.
00:46Malah, petikaian dengan ibu bapa juga boleh menjadi punca perkara itu berlaku.
00:50Hanya sebahagian kecil kes melibatkan kemalangan atau jenayah yang mana kanak-kanak hilang itu mungkin berada dalam keadaan lemah atau
00:59sudah meninggal dunia.
01:00Kes kehilangan kanak-kanak paling lama masih belum selesai di Jerman direkodkan pada 1957.
01:06Sebagai rekod, pada tahun 2025, pihak berkuasa mencatatkan sejumlah 19,253 kes kehilangan kanak-kanak dengan 18,509 daripadanya berjaya
01:21diselesaikan bersamaan kadar penyelesaian sebanyak 96.5%.
01:27Terima kasih kerana menonton!
Comments