00:00Bertemu kembali, pelaksanaan inisiatif bekerja dari rumah BDR menjimatkan 4.22 juta ringgit subsidi petrol RON95 bersamaan 2.14 juta
00:13liter setakat ini.
00:14Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiusaha Negara Tan Sri Syamsul Azri Abu Bakar dan berkata, data terkini itu direkodkan hingga Isnin
00:23sejak pelaksanaan inisiatif itu dibuat 15 April lalu.
00:30Langkah itu katanya sekaligus membantu kerajaan menangani bebanan kewangan ekoran daripada krisis bekalan global.
00:37Katanya lagi walaupun tekanan subsidi meningkat mendadak, kerajaan akan memastikan perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas.
00:44Pada 30 April lalu, media melaporkan kerajaan berjaya menjimatkan 1.9 juta ringgit subsidi petrol RON95 bersamaan 979,632 liter
00:58dalam tempoh 10 hari pelaksanaan BDR yang melibatkan 200,000 penjawat awam.
01:03Syamsul Azri berkata bagi memastikan BDR dilaksanakan dengan berkesan serta tidak menjejaskan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat,
01:12setiap ketua jabatan perlu berpegang kepada konsep TEJAS iaitu tindakan pantas, empati, gagasan jelas, adaptif dan strategi efektif.
01:23Selain itu, beliau turut mengajak seluruh penjawat awam untuk mengimbas kembali nilai M-A-L-A-Y-S-I-E
01:30iaitu mesra, adil, luho, amanah, yakin, setia, islah dan arif
01:37semasa memberikan perkhidmatan tanpa mengira status individu berkenaan dalam masyarakat.
01:43Beliau menegaskan penjawat awam perlu memahami tanggungjawab digalas adalah satu amanah untuk dilaksanakan sebaik mungkin, bukan untuk dibangga-banggakan.
Comments