00:00Pasaran kenderaan elektrik atau EV mungkin berkembang pesat di negara ini
00:05yang menimbul kegusaran keupayaan ekosistem untuk menyokongnya
00:10apabila pihak pengeluar membawa masuk lebih banyak kenderaan.
00:14Ramai rakyat Malaysia menunjukkan minat didorong harga yang menarik
00:18selain kos pengecasan bateri rendah berbanding harga petrol atau diesel.
00:24Tetapi mereka belum memahami sepenuhnya realiti sebenar
00:28menanti selepas pembelian.
00:31Pemain industri menyifatkan kebimbangan utama adalah kos tinggi penggantian bateri
00:37serta akses terhad kemudahan pengecasan,
00:40pusat pembaikan yang boleh dipercayai dan pilihan penyelenggaraan.
00:46Setakat April 2026, Malaysia mempunyai 5,619 petak pengecasan awam di seluruh negara
00:54termasuk 1,898 pengecas pantas ETC.
00:59Bagaimanapun, sebahagian besar infrastruktur iaitu tertumpu di lembah kelang.
01:04Pemilik EV di luar kawasan bandar masih berdepan tempoh pengecasan yang lama
01:09serta kekurangan kemudahan pengecas pantas,
01:12manakala banyak bengkel bebas pula mengelak pembaikan berkatan EV
01:16kerana kekurangan latihan, risiko keselamatan dan keupayaan diagnostik yang terhad.
01:24Kos penggantian bateri juga menjadi kebimbangan utama bagi pemilik EV jangka panjang
01:30kerana menggantikan bateri selepas tempoh waranti tamat
01:33boleh mencecah antara RM20,000 hingga lebih RM50,000
01:38bergantung kepada model kenderaan dan jenis bateri.
01:43Zahraud Alam Yaya Syahir, FMT.
Comments