00:00Agenda 12, perkara yang baru diumumkan bersama, dijangka mengundang penelitian semula terhadap rekod bekas Menteri Kabinet Rafizi Ramli dan Nik
00:09Nazmi Ahmad ketika berada dalam kerajaan kata penganalisis.
00:13Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata beberapa janji dalam manifesto bersama menyentuh bidang yang pernah berada di bawah pengaruh Rafizi
00:22dan Nik Nazmi ketika dalam kerajaan, sekaligus menampakkan ia lebih kepada idea yang tertangguh berbanding agenda baru.
00:30Beliau berkata persoalannya bukan sama ada 12 perkara itu menarik di atas kertas tetapi mengapa ia tidak dilaksanakan ketika Rafizi
00:39dan Nik Nazmi masih bergelam Menteri Ekonomi serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
00:45Paling ketara agenda seperti pelindungan sosial, perancangan ekonomi, kebergantungan kepada tenaga buruh, peralihan hijau serta pelbagai usaha reformasi lain yang
00:55kini mahu diperjuang bersama kata Azmi.
00:57Beliau menyifatkan platform bersama sebagai agenda Rafizi dan Nik Nazmi, bukannya mewakili keseluruhan pimpinan yang lebih meluas.
01:07Azmi teruk mempersoalkan sama ada platform bersama mampu menarik pengundi, berikutan tiada yang benar-benar baharu atau luar biasa, selain
01:15tidak melihat sebarang elemen yang mampu meraih keyakinan rakyat terhadap bersama.
01:19Hailey Izzati FMT
Comments