00:00Rangkaian burger tempatan My Burger Lab memecat Ketua Pegawai Operasi Andrew Chong sesuai komennya di media sosial berkait hukuman denda terhadap lelaki Islam di Terengganu yang sengaja meninggalkan solat Jumaat.
00:13Chong mengundang kecaman apabila menulis DX bahawa jika Malaysia dikuasai oleh ekstrimisme, negara ini akan menjadi seperti Iran selepas revolusi dan tidak akan itu seharusnya menakutkan semua orang.
00:25Sehubungan itu pihak pengurusan restoran itu berkata mereka amat terkilan dengan kenyataan Chong di akaun peribadi media sosialnya sambil menambah ia menimbulkan kemarahan, kekecewaan dan melukai hati orang Islam.
00:38Syarikat itu juga turut menegaskan ia tidak berkongsi pandangan Chong kerana kenyataan tersebut tidak mencerminkan nilai teras mereka iaitu saling menghormati, perpaduan dan keterangkuman.
00:49My Burger Lab turut memohon maaf atas kenyataan Chong dan memaklumkan akan menyemak semula dasar dalaman serta mewajibkan semua pekerja mengikuti latihan sensitiviti budaya bersama pakar termasuk pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
01:05Sementara itu mengulas mengenai pemecatannya, Chong berkata beliau menerima dan menghormati keputusan syarikat sambil mengulangi bahawa kenyataannya adalah pandangan peribadi dan tidak ada kaitan dengan My Burger Lab.
01:17Hailey Izati, FMTA
Comments