00:00Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua, membalas sindiran setiausaha agung UMNO, Ashraf Wadi Dusuki, yang menyifatkannya sebagai biadab dan bagai
00:10kaduk sudah naik junjung.
00:12Dalam hantaran di Facebook, pengurusi Lembaga Disiplin DAP itu berkata, terpaksa mencari maksud peribahasa berkenaan selepas membaca kenyataan Ashraf.
00:22Menurut Pua, peribahasa bagai kaduk naik junjung merujuk kepada seseorang daripada golongan hina atau orang biasa yang mendapat pangkat, kedudukan
00:32atau perhormatan lalu menjadi lupa diri, sombong dan berkelakuan berlebihan.
00:38Hantaran itu dibuat susulan kenyataan Ashraf yang meruduh Pua lupa adab dan batas dengan raja selain menyifatkannya biadab.
00:47Ashraf mengkritik Pua berhubung kenyataannya yang mengaitkan institusi diraja dengan berkata pemimpin politik perlu menjaga adab apabila menyentuh perkara berkaitan
00:57raja-raja Melayu.
00:59Azurin Zainal, FMT
Comments