00:00Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pengurusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin juga perlu memohon maaf atal pelbagai dawaan yang dilemparkan terhadap kerajaan sebelum ini.
00:11Antara dawaan tersebut kononnya kerajaan zalim dan tidak menyalurkan peruntukan kepada negeri Kelantan.
00:18Anwar sebelum ini dilaporkan berkata Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu mempersoalkan kerajaan kerana membebankan warga asing sedangkan mereka turut menyumbang besar kepada negara.
00:30Muhyiddin kemudian menafikan pernah membuat kenyataan seperti itu dan menggesa Anwar mengemukakan bukti.
00:36Anwar kemudiannya meminta SKMM menyiasat dawaannya itu dan mengambil tindakan sewajarnya sebagai sebahagian daripada usaha menegakkan ketelusan dan tanggungjawab.
00:48Jika SKMM mengesahkan sumber itu tidak sahih dan beliau melakukan kesilapan, Anwar berkata beliau tiada masalah untuk memohon maaf kepada Muhyiddin.
Be the first to comment