Skip to playerSkip to main content
Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan sistem pek makanan baharu bagi musim haji tahun ini dengan penambahbaikan dari segi kesegaran, keselamatan serta keseimbangan nutrisi untuk memenuhi keperluan jemaah sepanjang berada di Tanah Suci.

#LaporanHaji2026
#KhabarHaji2026
Transcript
00:00Lembaga Tabung Haji TH terus komited meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada Jemaah Haji Malaysia dengan melaksanakan pelbagai penambahbaikan termasuk dalam aspek
00:09penyediaan makanan tanpa melibatkan sebarang kos tambahan kepada jemaah sejak 3 tahun lalu.
00:14Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Mustaqim Muhammad berkata pendekatan itu hasil penstrukturan operasi dan kecekapan pengurusan dalaman bagi memastikan perkhidmatan
00:24diberikan terus relevan dan memenuhi jangkaan jemaah.
00:30Dia perkhidmatan kos itu semuanya Alhamdulillah semuanya dalam kos haji RM33,300 dan untuk makluman RM33,300 ini kita berjaya
00:39kekalkan 3 tahun betul-betul.
00:41So bermaksud tidak berubah kos itu masih RM33,300 selama 3 tahun betul-betul.
00:48So bermaksud dalam kos yang kita berjaya kekalkan, kita continue untuk berikan penambahbaikan kepada jemaah.
01:01So nilai tambah itu tetap ada walaupun kos tidak meningkat.
01:07InsyaAllah doakan supaya Tabung Haji dapat kekalkan momentum ini kita tambah baik tanpa melibatkan kos yang tinggi.
01:15Menurut beliau antara penambahbaikan ketara adalah pelaksanaan sistem pek makanan yang bukan saja memudahkan pengagihan
01:23tetapi terus memastikan tahap kesegaran keselamatan dan keseimbangan nutrisi sentiasa terjaga.
01:29Mustaakim berkata segala penambahbaikan yang dilaksanakan mencerminkan komimen TH untuk terus meningkatkan pengalaman jemaah di tanah suci tanpa menambah beban
01:38keuangan mereka.
Comments

Recommended